Kini dah lima bulan pasangan pengantin, Elfira Loy dan suami, Faris Anuar berkahwin.
Dalam satu perkembangan terkini, nampaknya Elfira Loy dikritik dan disindir oleh seorang pengguna alam maya berkaitan Elfira akui bahawa dia tak reti nak siang ikan.
Kisahnya bermula apabila Elfira Loy berkongsi di IG story suaminya, Faris sedang siang ikan.
Ini yang ditulis oleh Elfira Loy:
“Saya tak tahu siang ikan haha, nasib baik suami tahu”
Kemudian, apabila netizen nampak gambar tersebut, ada netizen terus menyindirnya. Ini katanya:
“Sanding 5 kali, siang ikan pun tak reti”
Ini fotonya:
Nampaknya isu ini terus jadi viral dan bualan para netizen di luar sana.
Takpelah kalau tak reti masak, atau siang ikan, nanti boleh belajar slow-slow kan.