Salah satu anak kembar kandungan Datin Seri Shahida mungkin gugur, ini teguran Fasha Sandha

Selasa lepas, jutawan kosmetik yang amat popular, iaitu Datuk Seri Aliff Syukri telah berkongsi perkembangan terkini tentag isterinya.

Aliff Syukri meluahkan rasa bimbangnya apabila isteri tercinta iaitu Datin Seri Nur Shahida telah dimasukkan ke wad selepas mengalami pendarahan.

Dari perkongsiannya, kejadian itu berlaku mungkin disebabkan oleh tekanan dan ianya memberi risiko kepada kandungannya.

Ramai juga yang terkejut apabila Aliff mengumumkan isterinya sedang hamil anak kembar.

Bagaimanapun, menerusi muat naik terbaru Shahida di akaun Instagramnya, beliau memberitahu seorang bayi mungkin keguguran dan seorang lagi bayi masih dalam pemantauan pihak doktor.

Shahida meminta orang ramai untuk terus mendoakan kesihatannya dan bayi didalam kandungan.

Ini komen Datrin Seri Shahida:

“Alhamdulillah terima kasih pada semua yg prihatin dm dan whatspp saya…. terlalu byk saya x sempat nak balas….

“Saya mmg hamil kembar tapi salah satunya dah alami pendarahan semalam dan mungkin keguguran

“Mungkin saya sendiri yg terlalu aktif. campur mcm2 benda yg berlaku seminggu dua ni jadi saya mmg agak sibuk dan stress… . satu lagi baby masih ada… Alhamdulillah nampak sihat dan masih juga dalam pantauan…

“Terima kasih pada semua yg mendoakan…

Di ruangan komen ramai yang mendoakan segala urusan Shahida dipermudahkan dan semoga kandunganya selamat.

Dalam pada itu, rakan baiknya iaitu fasha Sandha ada memberi komen di laman IG isteri Aliff Syukri.

Fasha Sandha ada memberi nassihat kepada Datin Seri Shahida agar menjaga dirinya.

Ini komen Fasha:

“Datin sayang, kan saya dah pesan hari tu… banyak bergerak dan berjalan hari tu tak bagus for early pregnancy, semoga kandungan lagi satu selamat. Amin amin

Apapun semoga baik-baik untuk kandungan Datin Seri Shahida. Semoga semua selamat.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here