Sailang Sherry Ibrahim, Ini Respon Balas Hanez Suraya

Hanez Suraya tampil membuat penafian bahawa dia telah sailang Sherry Ibrahim sebagai duta satu prodeuk.

Ini apabila Hanez telah menggantikan pelakon Sherry Ibrahim sebagai duta baru jenama kencantikan Deeja Cosmetics.

Kata Hanez Suraya, dia sendiri tak ada apa isu dengan Sherry Ibrahim yang sebelum ini memang sudah sinonim dengan produk berkenaan.

Ini penjelasan Hanez Suraya tentang hal ini:

“Saya tidak sailang (caras). Itu rezeki dan saya terimanya dengan hati terbuka. Kalau nak dikata sailang, tidak boleh kerana rezeki masing-masing. Saya dengan dia tak ada masalah kerana pihak Deeja sendiri yang melamar saya.

“Malah sebelum dipilih sebagai duta sebelum ini, saya terlebih dahulu turut mengguna dan mempromosi produk tersebut dan memberikan kerjasama”

Kata Hanez Suraya lagi, dia mengakui tidak boleh rasa cemburu jika pihak Deja Cosmetic sendiri ada mengambil selebriti lain bagi tujuan promosi walaupun dia dipilih menjadi duta.

“Kalau pihak mereka ada memanggil artis lain untuk promosi atau turun padang sekali pun, saya tidak boleh berkata tidak. Saya faham sebab saya pun niaga tudung.

“Jadi meski saya pun pakai dan promosi tudung jenama sendiri, saya pun kenalah minta influencer lain untuk promosinya juga. Itu suatu yang normal.

“Jadi untuk soalan berkenaan, itu rezeki masing-masing. Cuma kali ini rezeki saya pula untuk bersama mereka”

Terdahulu, Hanez ditemui media pada majlis Penyampaian Hadiah Cabutan Bertuah Deeja Cosmetics 2018 di Desa Sri Hartamas, Kuala Lumpur.

Hanez Suraya kini sedang sarat hamil lima bulan anak kedua hasil perkahwinan bersama suaminya Romie.

Pelakon ini telah mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Romie Razin Adilha Abd Rais pada tarikh 25 Mac 2015 dan mereka telah dikurniakan anak perempuan bernama Puteri Aleesya yang kini berusia 3 tahun.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here