Saharul Ridzwan tiada bakat jadi penyanyi – komen jujur Ajai

Sekranag memang ramai juga pelakon yang mula menceburi bidang nyanyian.

Antaranya ialah Saharul Ridzwan. pelakon ini kini tampil dengan debut berjudul Buku Putih.

Saharul Ridzwan kini mahu dikenali sebagai SR dalam budang nyanyian dan ingin melebarkan sayap seninya dalam bidang muzik selaku penulis lirik dan penyanyi rap. Nama SR telah dipilih bagi membezakan pembabitannya dalam bidang lakonan dan nyanyian.

Untuk lagu pertamanya ini, Saharul Ridzwan telah buat kolaborasi dengan komposer terkenal iaitu Ajai.

Pelakon berusia 30 tahun itu akui minatnya bergelar penyanyi wujud sejak kecil lagi.

Ini komennya:

“Saya sedar akan bakat yang ada dalam diri dan cuba fokus terhadap penulisan lirik.

“Pertemuan awal dengannya (Ajai) adalah untuk menunjukkan karya nukilan saya dan selebihnya adalah terpulang kepada abang Ajai.

“Tak sangka pula dia sendiri mahu saya nyanyikan lagu ini,”

Dalam pada itu, Ajai ketika ditemu bual berkenaan lagu ini berkata, dia mengakui, SR bukanlah seorang yang berbakat besar dalam bidang nyanyian dan sukar melatihnya untuk menjadi penyanyi yang baik tetapi dia masih boleh rap.

Ini komen jujur Ajai:

“Disebabkan itu, saya tampil dengan idea agar dia mengambil bahagian rap dan saya sendiri menyanyikan lagu ini.

“Dari situlah bermula kolaborasi duet ini menerusi lagu Buku Putih,” ujarnya yang bertindak selaku komposer dan turut menulis lirik lagu berkenaan.

Jujurnya, Ajai akui bakat penulisan lirik yang dimiliki oleh SR dan dia sendiri memilih agar Saharul membawa nama SR di arena muzik tempatan bagi membezakan pembabitannya dalam bidang lakonan dan nyanyian.

“Nama singkatan SR ini dipilih untuk memberi kelainan nama pena kepada Saharul ketika beraksi di atas pentas selaku penyanyi rap,”

Sumber dari MHETV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here