Safiey Illias Tak Nak Jumpa Mufti, Ini Alasannya..

Sebelum ini Mufti Wilayah iaitu Dato’ Seri Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri telah menulis surat terbuka untuk ushawan berstatus jutawan iaitu Safiey Ilias yang mana kisahnya menjadi viral.

Safiey Ilias di lihat tampil memakai pakaian wanita yang agak terdedah dan mufti kemudian mengajaknya untuk berjumpa untuk berbincang tentang perkara ini yang menjadi bualan ramai.

Dato’ Seri Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri ada menulis di laman web rasmi mengajak Safiey Ilias untuk berjumpa.

Jom kita duduk mengeteh dan berbincang secara santai untuk kebaikan kita semua. Saya tunggu jawapan saudara.” – itulah antara kata-kata dari Mufti Wilayah persekutuan.

Baca surat terbuka dari Mufti kepada Safiey Illias DISINI

Setelah beberapa hari, akhirnya Safiey Ilias tampil memberi respon balas.

Usahawan ini mengatakan tak nak berjumpa dengan mufti kerana ada alasannya tersendiri.

Melalui laman IG, ini respon balas dari Safiey Ilias:

“Bukan tak nk jumpa mufti , tapi nanti masyarakat suka expect too much. Balek jumpa mufti mesti berubah jd laki. Lepastu benda lain lg org akan cakap, marketing lah tu nk keluar lagu baru , produk baru. ATAU lagi 1 penunggang agama . Pastu lagi 1 , bodoh la dia ni memang hati hitam dh jumpa mufti masih tak berubah. Syinta dh serik dah hahaha. Jumpa ustaz ebit haritu pun korang expect mcm-macam. Salah ke nk pergi belajar ilmu agama tambah ilmu . Janji kita tahu kita ni berdosa jahil masih terdetik hati nak keluar dakwah 3 hari. Ada yg nak tambah ??

Itulah penjelasan dari pihak Safiey Ilias tntang ajakan Mufti untuk berjumpa. Buat masa sekarang Safiey Ilias tak mahu berjumpa dengan mufti kerana selalunya para netizen akan “expect too much” dari dirinya setelah berjumpa dengan ilmuan agama.

Sumber: IG Safiey Illias

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here