Safiey Illias Pula Buat Lagu, Sedang Berlatih Vokal

0
6244

Usahawan Safiey Illias kini sedang dalam proses untuk mengeluarkan lagu nyanyiannya sendiri.

Menerusi satu perkongsian di laman Instagram miliknya, Safiey Illias yang lebih mesra disapa “Syinta” mendedahkan dirinya kini sedang belajar menyanyi dengan guru vokal, Cikgu Syafiee.

Malah Safiey Illias mengatakan, lagu ini dibuat khas dan bukannya lagu beli. Safiey Illias meminta orang ramai mendoakannya agar usaha nya untuk buat lagu ini berjalan lancar.

Ini perkongsian Safiey Illias tentang perkembangan ini. Jom baca:

“Doakan syinta. Kepada haters sila komen paling keji sebab komen keji anda syinta akan masukkan dalam lirik lagu syinta. Inilah jawapan kenapa syinta 2x ke Jakarta haritu. Hampir sebulan dh syinta belatih vokal and now nak fokus belajar lagu syinta sendiri. Tak sabar sgt2! Lagu syinta adalah custom made dan bukan lagu beli segera.”

“Syinta rasa belajar kelas vokal lg susah drpd belajar add math. TQ Cikgu Syafiee sebab walaupun busy gegar vaganza dan big stage tetap ajar syinta the best sebab dia xnk syinta dimalukan bila recording di Jakarta nanti. Cikgu Syafiee ni adalah cikgu vokal AF dulu tau.”

“Boleh kah syinta menyanyi?? Sila komen ya dibawah dgn paling keji untuk syinta buat perubahan pada lirik lagu syinta Dan ada hadiah untuk komen haters paling keji.”

Sebelum ini, usawahan popular iaitu Dato Seri Vida, Dato Seri Aliff Syukri dan juga Nur Sajat telah mempunyai lagu mereka sendiri, kini giliran Safiey Illias pula untuk bergelar penyanyi.

Sama-sama kita tunggu lagunya itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here