Rumah Mewah RM12 Juta Idaman Janna Nick

Pelakon popular tanah air, Janna Nick memasang idaman untuk memiliki sebuah rumah banglo mewah yang dianggar berharga RM12 juta.

Janna yang baru berumur 22 tahun telah meluahkan impiannya itu menerusi satu posting di laman media sosial Twitter berkata, dia hanya akan berkahwin selepas membeli rumah agam tersebut.

Ini tulis Janna Nick: “Dapat rumah ini baru boleh kahwin…”

Melalui gambar kediaman yang dimuat naik oleh Janna Nick, rumah impiannya itu terletak di Langgak Tunku, Bukit Tunku itu berkeluasan 9,000 kaki persegi. Dari anggaran nilainya, telah dinyatakan harganya ialah RM12 Juta, memang mahal habis.

Tetapi kalau nak seribu daya, kalau tengah berusaha bekerja dengan bersungguh-sungguh, apabila ada impian seperti ini, tak mustahil seseorang itu termasuk Janna Nick akan memiliknya satu hari nanti.

Rata-rata para peminatnya memuji impian pelakon berkenaan untuk terus berusaha mencapai matlamat nya untuk memilik rumah agam itu.

Ada juga memberi komen mengatakan supaya menjadi wanita yang punyai matlamat. Insya-Allah. jika rasa hilang semangat, putus harapan tengok balik impian pasti tetap bersemangat!

Semoga Janna Nick terus sukses dalam kerjayanya sekaligus dapat beli rumah impiannya itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here