Dek kerana terlalu sering upload kegiatan dan aktiviti seharian tentanh kehidupannya, akhirnya ianya telah mengundang padah buat DatuK Seri Aliff Syukri.
Ini apabila satu badan bukan kerajaan (NGO) telah membuat laporan polis terhadap Datuk Seri Aliff Syukri yang muatnaik video merotan anak perempuannya kerana membuka tudung.
Dari laporan pihak media, Protect and Save The Children (P.S The Children), ahli Gabungan Hak Kanak-Kanak Malaysia (CRCM) membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya, semalam.
Menurut CRCM, mereka amat terkesan dengan perbuatan pengasas D’Herbs itu.
Ini komen pihak CRCM:
“Dia secara umum memalukan anaknya dengan rakaman video menyapu ubat di belakang badan anaknya untuk ditonton kira-kira 3.1 juta pengikutnya.
“Aliff mendisiplinkan anaknya dengan cara ekstrem, bahkan memberikan penjelasan berhubung tindakannya itu.
“Perbuatan merotan anak perempuannya merupakan penderaan fizikal dan satu kesalahan di bawah Seksyen 31 Akta Kanak-Kanak dan juga di bawah Akta Keganasan Rumah Tangga,”
Justeru, CRCM menggesa pihak berkuasa dna juga Jabatan Kebajikan Masyarakat mengambil tindakan segera terhadap Aliff Syukri.
Video berdurasi satu minit itu mendapat lebih 900 ribu tontonan dan berpuluh ribu tanda suka sehingga hari ini
Dalam video itu Aliff berkata dia merotan anak perempuannya, Qadejah El Zahra, atau Cess yang baru berumur 9 tahun kerana budak kecil itu telah membuka tudung di depan lelaki tidak dikenali atas sebab tertentu.
Qadejah dilihat menangis kesakitan dalam video itu.
Video itu terus mendapat kecaman dari para netizen.
Ada mengatakan tindakan itu patutnya tak perlu dimuatnaik di laman media sosial dan ada melabelnya sebagao penderaan fizikal dan mental.
Ini antara komen dari netizen:
“Anda mencederakan dia secara fizikal dan mental, apa yang anda lakukan adalah penderaan kanak-kanak,”
Sumber: mStar / IG Aliff Syukri