Rindukan Jebat Sampai Menumpang Kasih Anak Orang

Semua sudah tahu akan kemelut serta cerita berkisarkan rumah tangga yang tidak berkesudahan antara pelakon Sharnaaz Ahmad serta kakak Neelofa iaitu Noor Nabila.

Pasangan ini yang mempunyai seorang anak hasil daripada perkahwinan mereka yang dibina pada 31 Mac 2017 yang diberi nama Jebat Jayden yang baru berusia setahun lebih.

Pelakon ini telah menyatakan rasa rindu teramat terhadap anaknya iaitu Jebat Jayden dengan memuat naik sekeping gambarnya yang sedang memeluk seorang budak kecil yang bernama Arrayan Petra semasa dia sedang berlakon dalam sebuah drama yang sedang dalam pengambaran.

Dia yang memuat naik gambar tersebut menerusi laman sosial Instagramnya berkata bahawa dia sangat rindukan anaknya serta terbayangkan anak kesayangannya Jebat Jayden semasa berlakon bersama anak kecil itu.

Ternyata perkongsian itu telah menarik minat pelbagai netizen yang juga turut terharu dan sedih malah bersimpati dengan apa yang terjadi kepadanya.

Mereka semua telah memberikan moral support buat pelakon ini agar terus tabah dengan yang dihadapinya. Ternyata pelakon kecil itu memang comel dan lebih kurang sebaya dengan anaknya Jebat Jayden.

Tak mustahil naluri seorang bapa yang amat menyayangi anaknya itu melihat pelakon kecil itu tak ubah seperti anak kesanyanganya sendiri.

Sebagai rekod, isterinya iaitu Noor Nabila sebelum ini telahpun memfailkan penceraian terhadap Sharnaaz Ahmad namun tidak di persetujui olehnya dan disebabkan itu pelakon ini pula memfailakn permohonan nusyuz kepada isterinya pula.

Menurut Sharnaaz tujuan dia menfailkan permohonan nusyuz terhadap Noor Nabila adalah kerana dia mahu memperbetulkan semula apa yang salah serta gossip yang telah melanda rumah tangganya itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here