Rihana Oksana Terpaksa Jual Cincin Kahwin Harga RM1 Juta

Kemelut dan isu rumah tangga Rihana Oksana dan juga Sultan Muhammad V masih lagi menjadi tanda tanya rakyat marhaen bagaimana kesudahanya.

Terbaru apabila bekas Ratu Cantik Rusia ini telah mendedahkan bahawa dia terpaksa menjual cincin perkahwinannya yang bernilai lebih kurang RM 1 juta ringgit bersamaan £ 203,000.

Cerita yang masih belum juga berkesudahan lagi ini telah mendapat perhatian semua warga rakyat marhaen yang mengikuti perkembagan cerita pasangan ini.

Rihana Oksana mendakwa bahawa tindakan yang dilakukanya adalah kerana dia sangat terdesak dan amat memerlukan duit apabila ditinggalkan semasa usia kandungannya berusia 4 bulan.

Menurut Ratu Cantik ini lagi, duit berkenaan telah digunakan bagi tujuan membayar kos perubatannya di Switzerland serta telah mendedahkan bahawa dia hampir kehilangan Leon kerana anaknya itu mempunyai beberapa komplikasi semasa dalam kandungan.

Menurut Daily Mail, Rihana Oksana menjelaskan bahawa dia terpaksa mengambil tindakan dengan menjual cincin design Jacob Arabo yang merupakan sama seperti yang dipakai oleh Victoria Beckham.

Rihana juga mendakwa bahawa harga cincin tersebut setelah dijual adalah tiga kali kurang daripada nilai asalnya.

Komen Rihana Oksana lagi :-

“Saya tidak akan menyatakan harga saya menjualnya, tetapi ia adalah tiga kali kurang daripada kosnya,”

Jika sebelum ini, Rihana Oksana telah memberitahu kepada umum bahawa dia serta anaknya, Leon sudah tidak lagi berjumpa dengan Sultan Muhammad V sejak Disember tahun lepas.

Dia turut mendakwa bahawa baginda itu seolah sedang cuba bersembunyi dari dirinya.

Tidak lupa juga bahawa tiga minggu lepas , akhbar The Sun UK telah memberitahu bahawa Rihana telah menuntut sebuah rumah agam bernilai yang bernilai £8 juta (RM41.2 juta) serta nafkah anaknya iaitu Leon sebanyak £24,000 (RM123,694) sebulan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here