Respon Win Alyah Bila Digelar Biadap Tinggalkan Pentas

Isteri kepada Dato Ramli Ms meluahkan rasa bengang yang ditinggalkan di ruangan komen olej seorang netizen di laman Instagram  miliknya yang sibuk mempersoalkan kenapa dia  pergi meninggalkan Konsert Gegar Vaganza musim keenam (GV6) semasa program itu masih berlangsung.

Jelas penyanyi ini lagi dia ke konsert pada minggu kelima GV6 itu kerana diundang melalakukan persembahan serta harus pulang segera kerana ada kerja lain.

Individu tersebut telah bertindak memberikan komen terhadap tindakan Alyah yang balik awal serta menyifatkan perbuatan itu sebagai biadab.

Ini komen yang ditinggalkan oleh penguna Instagram yang telah membuatkan Alyah geram:

“Artis paling biadab, orang tengah perform kau elok pula blah (balik) macam itu saja,”

Ini respon balas yang diberikan oleh Alyah apabila dituduh sebagai biadap kerana meninggalkan pentas GV6.

“Saya nak tanya awak? Siapa yang lebih biadab dan kurang ajar? Orang yang sudah menjalankan kerjanya dan harus meninggalkan majlis kerana harus menghantar anak saudaranya pulang sebab esok sekolah.

“Atau orang seperti awak (yang biadab)? sebab membiadabkan orang tanpa usul periksa, teks (komen) guna akal bukan guna hasad dengki,”

Kebanyakan pengikut dan peminat Datin Alyah di Instagram juga menyebelahi dengan komen yang diberikan oleh Alyah serta berpendapat bahawa isteri Ramlu MS itu semestinya ada alasan munasabah dan terpaksa pulang awal.

Antara komen positif yang menyokong komen Alyah:

“Alyah dah jawab di live IG tadi, dia dijemput untuk perform pembukaan GV, tak dijangka host Nabil Ahmad dan Jihan Muse bawa dia ke depan untuk jadi penonton, dalam masa sama anak saudaranya ada tunggu dalam kereta.

“Dia profesional (tetap duduk didepan) sebab tak nak nanti Tokram (Ramli MS) kena bahan sepanjang GV6, sebagai isteri mestilah dia tak nak ganggu suami buat kerja.

“Itu pun nak jadi isu, ingat orang lain tak ada kerja ke nak tunggu situ? Bukan sebab dia tak profesional ke apa… malam tu mungkin dia ada hal lain,”

Aduhhh.. macam-macam hal pula ye.. kesian pada Datin Alyah yang terpaksa menghadap komen-komen negative yang dilemparkan oleh netizen terhadap dirinya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here