Respon Sentap Isteri Aliff Syukri Selepas Suaminya Teruk Kena Hentam

Usahawan kosmetik DHerbs Terlajak Laris iaitu Datuk Seri Aliff Syukri kali ini terpalit satu lagi kontroversi tentang caranya mempromosikan produknya secara langsung di kaca TV baru-baru ini.

Isteri kepada Datuk Seri ALiff Syukri iaitu Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid tampil memberi respon dan meluahkan rasa kesal dengan tindakan orang ramai terus mengecam suaminya, susulan komen yang dianggap menghina penonton di konsert Gegar Vaganza musim kelima (GV5), Ahad lalu.

Nur Shahida bagaimanapun mengakui Aliff yang merupakan penaja utama konsert GV5 selalu saja terlepas cakap yang dilihat seperti ‘kasar’ semasa bersiaran langsung.

Ini luahan penuh Datin Seri Shahida:

“I dah cakap dengan u tak perlu keluar tv sbb tak semua faham cara u cakap sebab u suka terlepas @aliffsyukriterlajaklaris . Tak pasal banyak betul orang yang sekolahkan u hari ni, Dato, Dr la, chef la,a rtis semua adalah……. Yang kenal tau lah yang tak kenal mcm2 ayat dorang keluar, sampai semua perkataan maki hamun dah keluar sampai dorang pun tak tau nak maki apa dah

“Minggu depan @aliffsyukriterlajaklaris jangan pergi GV lagi.. Jika u pergi juga, anggap je u cari gaduh dgn i… biar je orang yang pandai sangat kutuk tu promote…..kita ni tak educated… dah minta maaf dah pun semalam waktu live apa lagi tak kena tak tau la

“So lepas ni minggu depan u tak perlu pergi Gegar Vaganza lagi duduk rumah je lagi bagus……. Tak perlu keluar TV pun nak promote… kita dah niaga lama Insya Allah dah banyak pengguna setia. Bila time kita kena hina jadi bahan ketawa, tak de plak yang nak kesiankan kita…. nak pertahankan kita, sikit2 cakap kaya tapi bodoh, money can’t buy class la…. kita bukan niaga cari duit nak beli class, nak bagi keluarga senang dan bahgia.

“Dalam pada mengutuk juga, tapi semua pun sibuk semua cari minta sponsor la sumbangan la,bantuan dah, kita kena sedar satu je manusia suka pandang keburukan dan kekhilafan kita, baik kita, langsung tak pernah orang nampak.. jadi jomlah kita pindah duduk kampung bela kambing jaga ayam itik lagi bagus. yang nak sambung kutuk silakan kot tak habis lagi ada ayat2 yg belum keluar, kutuk la sampai subuh, nanti penat berentilah tu.

Itulah luahan Nur Shahida di laman sosial Instagram yang dilihat seakan sentap dengan komen-komen keaman dari orang ramai terhadap suaminya.

Menerusi konsert GV pada Ahad lalu, Aliff Syukri yang merupakan pengasas produk D’Herbs diberi kesempatan oleh produksi untuk mempromosikan produk pemutihnya.

Namun dia membangkitkan kemarahan netizen, apabila mengeluarkan komen dianggap keterlaluan antaranya ‘ungly’ terhadap seorang penonton.

Bagaimanapun, Aliff Syukri sudah membuat permohanan maaf ketika konsert itu bersiaran langsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here