Respon Balas Alif Aziz Pada Pelakon Joanne Emmy

Siapa tak kenal dengan pelakon dan penyanyi yang berasal daripada Singapura ini yang sering sahaja dilanda pelbagai gossip terutamanya berkaitan dengan wanita.

Semua sudah pun maklum bahawa Alif Aziz ini merupakan bekas suami kepada penyanyi Bella Astilah yang baru sahaja bercerai pada 21 Mac lalu dan pasangan ini mempunyai seorang anak lelaki yang diberi nama Ayden.

Episod kecurangan yang dilakukan oleh penyanyi yang berasal daripada Singapura ini bukan sahaja baru namun sudah berberapa kali terjadi.

Namun, bekas isterinya Bella pada waktu itu mengambil keputusan untuk memaafkan perbuatannya tetapi episod kecurangan Alif tiada penghujungnya.

Terbaru apabila viral di laman Twitter apabila ada seorang perempuan yang juga merupakan menjadi pelakon baharu yang bernama Joanne Emmy telah mendedahkan perangai Aliff Aziz yang sama sekali tidak berubah.

Sememangnya Alif Aziz seorang kaki perempuan dan sangat mudah untuk berdampingan dengan wanita lain. Lain pula bagi bekas isterinya yang sering kali melakukakn Live IG bersamanya yang mendakwa bahawa Alif semakin berubah menjadi baik.

Menurut Bella Astilah lagi, dia tidak menolak sebarang kemungkinan akan kembali bersama Alif Aziz jika mereka mempunyai jodoh lagi.

Pasangan ini telah berkahwin pada 9 September 2016 namun di landa badai apabila Alif ketika itu kantoi berpegangan tanggan bersama pelakon Afifah Nasir yang juga merupakan adik kepada Anzalna di sebuah pusat karaoke.

Apabila gossip dan cerita yang di dakwa oleh Joanne Emmy itu di lemparkan terhadapnya, reaksi yang diberikan oleh Alif sememangnya bersahaja.

Antara komen dari Alif Aziz :-

“ Reading all the comments both love and hate ones be like..”
“ May Allah Bless Everyone “

Aduh.. macam-macam hal pula ye.. di harap Alif akan diberi taufik dan hidayah dalam mencari redha Allah . Tiada yang mustahil di dunia ini.Sama-sama kita doakan agar hatinya terbuka.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here