Jika sebentar tadi kecoh di media sosial apabila pelakon dan pengarah popular Amar Asyraf yang didakwa mahu berkahwin lagi sedangkan dia sudah ada dua isteri.
Berita yang mengejutkan warga net itu tercetus apabila seorang wanita yang dikenali sebagai Ellika Azman mendedahkan kepada umum tentang hubungan cinta mereka.
Terkini, pelakon ini telah memberi respon terhadap dakwaan yang dilemparkan padanya.
Respon Amar :-
“Kalau benarlah seperti apa yang didakwa mengapa isteri masih lagi setia dan berada di sisi saya?,”
“Kami memang berkawan rapat, malah isteri juga tahu mengenai perkara itu. Cuma saya tidak bercadang untuk memberikan komen lanjut kerana mahu menjaga aibnya,”
“Bukan isteri tetapi keluarga juga turut ada di belakang saat saya sedang diaibkan oleh dia.
“Cukuplah apa yang berlaku antara saya dengan dia. Biar antara kami, isteri dan keluarga saja tahu, tidak perlulah untuk dipukul canang kepada umum,”
“Sekali gus kenyataan itu akan dimanipulasi sehingga mengaitkan banyak pihak dan memberi kesan pada hubungan baik antara ahli keluarga saya,”
Menurut Amar lagi, dia mengenali Ellika semasa mereka berdua bergandingan dalam satu teater Puteri Saadong jelasnya.
Apabila ditanya tentang dakwaan bahawa dia sudah mempunyai dua isteri atau pun tidak, Amar bertindak tidak mahu memberikan sebarang komen.
Menurutnya lagi, dia berasa bimbang kerana mungkin Ellika akan cuba memanjangkan isu ini seterusnya akan meninmbulkan lagi pelbagai spekulasi.
Amar turut mendakwa bahawa isterinya iaitu Arna Salleh juga mengetahui akan isu yang hangat diperkatakan ini.
Semoga apa yang terjadi dapat diselesaikan oleh pihak Amar Asyraf dengan lebih cepat serta dapat menjernihkan keadaan yang sedia ada. Doakan yang terbaik buat mereka semua.