Kini dah hampir dua tahun pelakon Remy Ishak dan Ezza Yusof mengikat tali pertunangan.
Oleh kerana dah lama, Remy Ishak sering kali ditanya tentang bilakah mereka berdua akan melangsungkan majlis pernikahan.
Sebelum ini Remy Ishak memberitahu dia belum bersedia untuk berkahwin. Ini adalah kerana dirinya ketika ini terlalu sibuk dengan komitmen kerja, pernigaan dan ada beberapa hal peribadi perlu diberi perhatian dahulu.
Namun begitu, baru-baru ini timbul pula khabar angin mengatakan Remy Ishak sudah kembali berstatus single.
Ianya mula menjadi bualan ramai menerusi satu video live baru-baru ini, apabila tuan punya badan iaitu Remy Ishak sendiri mengaku dirinya sudah single dan tiada siapa yang inginkan dirinya.
Ini antara ayat yang terkeluar dari mulut Remy:
“Tak apa dik, tak ada orang nak dekat abang dah. Kalau hensem-hensem tak ada orang nak, so kita gemuk pun tak apalah. Kita single kan,”
Tidak pasti sejauh mana kebenarannya, setakat ini tiada kenyataan daripada Remy mengenai status hubungan dengan tunangnya Ezza Yusof.
Mungkin Remy hanya bergurau sahaja dan ianya terus menjadi tanda tanya terutama dari para peminat setianya. Apa pun diharap kan remy dapat menjelaskan tentang video berkenaan dan semoga semuanya baik-baik sahaja.
Ezza Yusof merupakan seorang wanita yang juga seorang usahawan berjaya melalui perniagaan nya dalam bidang fesyen.
Remy Ishak dan Ezza Yusof bertunang pada sekitar pertengahan tahun 2017.