Ada mengata badan banyak bulu.. ini respon balas Remy Ishak

Drama bersiri di slot Akasia, Pujaan Hati Kanda sedang hangat ditayangkan dutayangkan TV3 dan menerima sambutan yang amat baik.

Pujaan Hati Kanda menampilkan dua pelakon utama yang amat popular iaitu Remy Ishak dan Mira Filzah.

Tak dinafikan, drama ini sudah ramai yang follow kerana jalan ceritanya yang menarik, selain lakonan mantap pelakon-pelakonnya.

Oleh itu, ramai yang turut ‘terikut-ikut’ dengan gelagat dan nama watak para pelakonnya termasuk Remy Ishak sendiri.

Di laman media sosial Instagram miliknya, Remy Ishak sering saja menulis caption yang ada sangkut paut dengan wataknya dalam drama itu iaitu Megat Danish.

Malah, ada juga penulisan berbaur humor yang seterusnya membuatkan ramai peminat terhibur diruang caption Remy Ishak.

Namun ada satu caption yang mana, Remy Ishak telah mendedahkan bahawa ada pihak yang sering mengata tentang dirinya yang mempunyai banyak bulu di badan.

Oleh itu Remy yang menggunakan kata nama Kanda, memberi respon balas.

Ini tulisnya:

“Bila kanda berbulu dimuka, macam2 dinda mengata yg tak elok pasal kanda. Tapi bila Zayn Malik berbulu, kentut dia pun dinda cakap bau strawberry..”

Caption Remy Ishak itu ternyata mendapat pelbagai reaksi dari para peminatnya.

Jangan lupa saksikan drama Pujaan Hati Kanda setiap Isnin-Jumaat jam 7.00 malam menerusi slot Akasia, di TV3.

Foto: Instagram Remy Ishak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here