Remy Cerita Sensara Dirinya Disihir

Baru-baru ini, pelakon Remy Ishak ada membuat naik status di laman sosial IG nya yang mendakwa bahawa dia dan keluarganya telah disihir oleh seseorang.

Terkini, apabila pelakon kacak Malaya itu telah mendedahkan serba sedikit tentang ganguan sihir yang telah melanda dirinya itu. Pada mulanya dia menyangka bahawa dirinya sendang mengalami tekanan perasaan.

Namun apabila dia pergi berjumpa dengan ustaz dalam perubatan islam ternyata ia adalah daripada buatan sihir.

Kenyataan dari Remy berkenaan apa yang berlaku :

“Pada awalnya saya rasa depresi seperti dalam fikiran saya ada satu tenaga yang mendorong saya untuk membuat perkara negatif. Benda itu buat saya hilang keyakinan dan takut untuk bergerak”.

“Benda itu juga mendorong saya untuk melakukan sesuatu di luar jangkaan seperti (terasa mahu) bunuh diri. Saya sangka saya alami depres sehinggalah saya berjumpa seorang ustaz yang memang dikenali dengan perubatan Islam,”

“Ustaz rukyah (baca ayat suci al-Quran) di telinga saya, ada kuasa lain tiba-tiba control badan saya, saya mula menangis dan sedih”.

“Saya kena lock tapi saya dengar ustaz tanya macam-macam, saya rasa apa benda ini? Ada proses bertanya siapa dia? Siapa yang hantar?

“Ustaz tanya dari mana dia datang dan minta dia keluar. Bila benda itu keluar saya confuse dan masih tidak percaya,”

“Hari keesokannya saya pergi ke gimnasium, saya nak pujuk diri saya agar lupakan perkara itu dan meyakinkan ia hanya depresi sahaja”.

“Ketika masuk di sauna saya berzikir tidak putus-putus dan semakin kuat kerana tiada orang lain di gim itu. Tiba-tiba lampu di dalam sauna itu berkelip-kelip dan terpadam”.

“Saya buat tak tahu dan teruskan zikir sehinggalah tiba-tiba lampu itu menyala kembali dan berkelip-kelip semula. Ketika itu saya harap ada orang lain masuk kerana saya tidak boleh bergerak”.

“Malangnya saya seorang sahaja di situ, saya gagahkan diri untuk keluar dari sauna itu. Ya saya terima hakikat ini bukan depresi, ini sihir,”

“Saya dengar video doa Nabi Sulaiman berkali-kali tapi bila saya nak ikut baca saya rasa lain macam. Tiba-tiba muka saya berubah dan malam itu saya terus dapatkan rawatan ustaz.

“Sesi kali ini lebih panjang… anda tengok filem Dendam Pontianak yang Fazura mengilai macam mana dalam filem itu?

“Sekarang saya tak boleh nak kongsi, nanti bila-bila saya akan share, saya dah mula pening-pening,”

“Sekarang saya rasa dah okey, mungkin kuasa jahat tu dah keluar dari badan. Saya ambil masa untuk kembali normal.

“Jangan risau saya dah tahu dan saya sedang bereksperiman dengan benda ini,”

Menurut Remy lagi, pelbagai benda pelik sedang belaku di sekelilingnya dan dia turut menyatakan bahawa tidak putus-putus berdoa dan berzikir kepda Allah.

Pelakon ini juga menyatakan bahawa dia sedang melawan kuasa sihir yang dihantar padanya dan akan hilang dan bukan bersifat kekal.

Semoga Remy Ishak akan cepat sembuh dan semoga apa yang terjadi terhadap dirinya akan pulih seperti biasa.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here