RASMI: Zamani Akan Teruskan Persembahan Di Gegar Vaganza, Ini Lagu Bakal Dinyanyikan

Peserta Gegar Vaganza iaitu Zamani yang gagal membuat persembahan pada minggu kelima disahkan akan teruskan untuk bertanding di pertandingan Gegar Vaganza musim kelima ini.

Sebelum inin Zamani mempunyai masalah peti suara koyak dan kata pengurusnya, Zamani masih belum sembuh sepenuhnya malah dia terpaksa menerima suntikan sejak hari Rabu yang lalu.

Perkara ini disahkan oleh pengurusnya Aalan Ahmad,yang berkata penyanyi berusia 47 tahun itu masih tidak boleh menyanyi namun dan harapannya agar suntikan diterima Zamani akan membantu kesihatan dia pulih.

“Alhamdulillah, keadaan Zamani kini beransur pulih tapi belum sembuh sepenuhnya. Dia boleh bercakap tapi masih belum boleh menyanyi.

“Sejak semalam (Rabu), Zamani membuat pemeriksaan doktor dan menerima suntikan untuk merawat suaranya.

“Rawatan dan suntikan itu juga akan dilakukan sehingga suaranya kembali pulih”

Dalam Gegar Vaganza ke 5 (GV5) Ahad lalu Zamani gagal menyanyikan lagu Mengapa Perpisahan Yang Kau Pinta pada minggu kelima konsert kerana peti suaranya koyak.

Walaubagaimanapun, vokalis kumpulan Slam ini bernasib baik apabila penaja utama program tersebut, Datuk Seri Aliff Syukri menggunakan imuniti untuk menyelamatkan Zamani daripada penyingkiran.

Dalam pada itu, Aalan memberitahu Zamani membuat keputusan untuk tidak mensia-siakan peluang yang diberikan pihak Astro itu dan tetap akan tampil biarpun kesihatannya belum pulih.

Kata Aalan, keputusan itu dilakukan bukan paksaan mana-mana pihak namun atas kerelaan Zamani yang memikirkan tanggungjawabnya terhadap program tersebut serta sokongan peminat.

Zamani memikirkan tanggungjawab dan komitmen terhadap program GV5.

“Insya-Allah Zamani akan teruskan juga persembahannya pada minggu ini. Dia tidak mahu sia-siakan peluang yang telah diberikan kepadanya.

“Keputusan untuk teruskan itu juga bukan disebabkan paksaan daripada mana-mana pihak tetapi atas kerelaan dia sendiri.

“Zamani berasa bertanggungjawab dan mahu berikan komitmen kepada program tersebut dan dia lakukannya demi sokongan peminat dan tidak mahu mengecewakan mereka”

Beberapa hari yang lalu, Zamani memohon maaf keranahanya membisu di atas pentas. Untuk minggu keenam Zamani telah diberi tugasan untuk membawa lagu dari kumpulan Nidji iaitu Hapus Aku.

Sementara itu, Aalan turut memohon semua pihak supaya tidak menganggu emosi Zamani bagi memberikan ruang buat artisnya fokus terhadap persembahan yang akan dibuat.

“Dia akan menyanyikan lagu Nidji yang berjudul Hapus Aku. Pihak produksi seboleh mungkin akan membantunya agar dia selesa ketika beraksi di atas pentas.

“Apapun kita sama-sama mendoakan semoga Zamani cepat sembuh agar dia dapat memberikan persembahan terbaiknya buat peminat”

Sumber: mStar / Metro

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here