Rambut Blonde Tak Sah Solat?- Ini Respon Balas Awal Ashaari

Biasalah kalau bergelar artis, selain bakat, penampilan, fesyen dan gaya juga merupakan salah satu aset yang amat penting buat para selebriti.

Oleh kerana itu juga ramai selebriti yang selalu tampil dengan gaya baru setelah pergo ke saloon untuk buat rambut atau mengenakan pakaian yang baru. Kalau ikutkan, dari segi pakaian sampai fesyen rambut, semuanya menjadi perhatian mereka di saat mereka hadir dalam sesuatu event atau majlis.

Begitu juga seperti pengacara popular Awal Ashaari yang selalu tampil dengan gaya rambut yang baru. Awal menunjukkan gaya atau fesyen warna rambut yang baru kepada para peminatnya.

Beberapa keping foto yang dimuatnaik di laman media sosial Instagram, yang memperlihatkan Awal Ashaari telah memotong rambutnya sedikit lebih pendek dan telah mewarnakan rambutnya dengan warna blonde!

Gambar berkenaan mendapat pelbagai respon daripada netizen dan majoritinya bertanya adakah solat Awal Ashaari sah.

Suami kepada Scha Alyahaya dan bapa kepada Lara Alana ini kemudian tampil memberi respon apabila di tanya soalan tentang solat.

Ini respon Awal sendiri mengenai isu tersebut:

“It took me two days, and 7 times bleaching to achieved this look. Not even a single drop of hair dye was involved in the process. So it’s solat-able Thank you”

“Ia mengambil masa dua hari, dan 7 kali pemutihan untuk mendapatkan hasil rambut sebegini. Tidak ada setitik pewarna rambut yang terlibat dalam proses itu. Oleh itu, ia sah untuk solat.”

Walaupun ramai yang kritik, tetapu masih ada netizen terutama peminat setianya yang puji dengan gaya terbaru Awal Ashaari ni. Dikatakan Awal Ashaari nampak lebih fresh dan makin mempesona,selain ianya mempunyai daya tarikan yang tersendiri.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here