Ramai yang serang dia.. gadis ini bukan punca perpisahan – Rashidi jelaskan hal sebenar

Pelakon Rashidi Ishak tampil memberi penjelasan lanjut tentang kes perpisahannya dengan Vanidah Imran. Ini apabila, ada pihak mendakwa bekas peserta Dewi Remaja iaitu Fify Azmi menjadi punca keruntuhan rumah tangganya.

Melihat Fify Azmi kena serang di instagram dek tuduhan berkenaan, Rashidi tampil menjelaskan gadis yang muncul dalam video iklan produk minyak wangi keluarannya itu bukanlah orang ketiga atau menjadi punca perpisahan dengan bekas isteri, Vanidah Imran.

Rashidi berkata, Fify Azmi merupakan bekas pekerjanya dan model kepada iklan produk minyak wangi yang diusahakan oleh Rashidi.

Ini komen Rashidi Ishak:

“Ramai yang serang dia di Instagram pagi ini (Khamis) dan saya minta maaf kepadanya kerana terkait dengan perkara ini.

“Dia dulu pekerja saya ketika saya menjadi Ketua Pegawai Eksekutif sebuah stesen radio dan saya ambil dia menjadi model produk iklan minyak wangi keluaran saya.

“Memandangkan untuk mengambil artis popular agak mahal, jadi saya tawarkan dia untuk berlakon dalam iklan tersebut,”

Rashidi telah mengesahkan sudah bercerai dengan pelakon Vanidah Imran pada 9 Ogos tahun lalu selepas 17 tahun mendirikan rumah tangga.

Pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mariyam Rashika dan Mikhail Imran.

Katanya, dia tidak mempunyai niat untuk merahsiakan mengenai perkara itu daripada pengetahuan umum namun tindakannya itu semata-mata bagi melindungi dan menghormati keluarga kedua-dua belah pihak serta rakan terdekat.

Dalam pada itu, Rashidi berkata, dia mengambil masa tiga hingga empat bulan untuk memulihakan dan merawat luka ekoran penceraian berkenaan.

“Secara jujurnya saya melalui episod duka yang sangat menyakitkan kira-kira-kira 3 hingga empat bulan sehingga dapat menyesuaikannya.

“Siapa yang tidak sayang 17 tahun perkahwinan, masa bercerai pun saya beritahu dia saya akan terus menyayanginya sehingga nafas terakhir walaupun sudah tidak bersama,”

Sewmentara itu, untuk menjelaskan kenyataan nya iaitu dia bukan imam yang baik kepada Vanidah, Rashidi berkata, kegagalan mempertahankan rumah tangga adalah tanggungjawab suami.

“Saya ada buat kajian bahawa perceraian dalam sesebuah keluarga terjadi kerana kegagalan suami menjadi seorang ketua keluarga,”

Kini setelah segalanya terungkai, tumpuan Rashidi adalah untuk membina kerjaya seni semula.

Sumber: mSTar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here