Ramai tak suka dan dikecam teruk sebab menang naib juara AJL33, ini luahan hati Ara

Penyanyi yang sedang meniti populariti iaitu Ara Johari telah diangkat sebagai naib juara untuk Anugerah Juara Lagu 33 pada hari Ahad yang lalu melalui lagunya Bunga.

Ianya adalah momen indah dan saat yang amat bermakna buat Ara yang merupakanbekas peserta Akademi Fantasia (AF).

Namun, tak semuanya indah apabila mengecapi kejayaan besar seperti itu, ini kerana kemenangan Ara itu telah menjadi persoalan dan dipersoalkan oleh sesetengah netizen.

Rata-rata tak puas hati dengan kemenangan Ara dan ada yang mengatakan banyak lagu lain yang lebih hebat.

Sementara itu, persembahan Ara pada malam itu juga dikatakan kurang menyengat dan tak berapa bagus.

Ekoran hal berkenaan, penyanyi ini ada memuat naik sekeping gambar ketika dia sedang membuat persembahan di Pentas Anugerah Juara Lagu 33.

Diruangan caption, Ara telah meluahkan rasa hatinya:

“Benci lah aku semahu mu, Maki lah aku sepuas mu, Aku anggap ini ujian, Atas rezeki yg ku terima. Terima Kasih!”

Ara meluahkan rasa sedih dan kecewa kepada peminatnya kerana ada sesetengah pihak mempertikaikan kemenangan Ara di Anugerah Juara Lagu 33.

Rata-rata rakan artis dan netizen memberi kata kata semangat kepada Ara untuk supaya kekal tabah hadapi dugaan.

Apapun, semoga Ara akan terus kuat untuk terus bertapak di industri muzik tanah air.

Sebelum lagu Bunga, Ara popular menerusi lagu yang berjudul Warkah Untukku yang turut berjaya melangkah ke AJL tahun lalu.

Foto : Instagram Ara Johari

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here