Beberapa hari lalu, agak kecoh seketika tentang satu ceriota yang dikatakan agak misteri dalam satu kejadian di Kampung Petani, Kota Bharu, Kelantan.
Ini apabila ada pokok petai didapati mengeluarkan air dengan sendirinya, walaupun ketika itu tidak hujan dan sekaligus menajdi misteri buat masyarakat di sekitarnya.
Kerana itu, ramai yang tadah air dari pokok petai menangis tersebut.
Ini videonya:
Kejadian yang agak pelik itu bermula jam 8 malam hingga 6 pagi sejak dari minggu lalu. Kes ini turut menarik perhatian penduduk setempat dan orang ramai. Malah, ramai yang dilihat menadah air tersebut dan ada juga yang meminumnya.
Walaubagaimana pun, misteri pokok petai berusia 30 tahun yang seakan-akan ‘menangis’ sejak minggu lalu akhirnya terjawab.
Rupanya cecair yang terkeluar seakan air hujan itu ialah air kencing serangga.
Menurut laman web cicadamania, serangga yang dikenali sebagai riang-riang atau nama saintifiknya Cicada akan berkumpul dalam jumlah yang banyak pada hari panas, dan serangga itu akan minum dari cairan pokok, seterusnya akan ‘kencing’ ketika berbuat demikian.
Ini contoh haiwan berkenaan sedang kencing selepas minum air dari pokok.
Sumber: Sinar Harian