Ramai Puji Lagu Nasyid Dari Aliff Syukri, Sedap Dan Menyenangkan.. Jom Dengar

Aliff Syukri merupakan nama besar di dunia alam maya yang mana ushawan berstatus jutawan ini sering viral dengan kisah dan isu panas melibatkan dirinya. Pemilik kosmetik D’Herbs ini suka mencari tumpuan dengan kisah kehidupan yang selalunya dipaparkan di laman IG miliknya.

Baru-baru ini, Aliff Syukri dikritik hebat oleh para netizen apabila lagunya berjudul “Bobo Dimana” bersama dua individu iaitu Sajat dan Lucinta Luna tidak disukai ramai pihak.

Apabila dilancarkan, memang teruk penerimaan lagu Aliff Syukri dari pandangan masyarakat sehingga ada pendakwah turut mempertikaikan lagu ini. namun Aliff Syukri dilihat kurang gemar dengan komen pendakwah berkenaan menyebabkan sedikit perbalahan timbul.

Kemudian, ada netizen mula kecewa dengan Aliff Syukri dan ada yang sampai mahu boikot produk Aliff Syukri kerana hal ini.

Tidak lama kemudian, Aliff Syukri mendedahkan, dia akan buat lagu nasyid bersama isterinya dan juga komposer popular tanah air iaitu Hafiz Hamidun. Menerusi akan IG miliknya, Aliff Syukri ada memberi sedikit teaser lagu tersebut.

Apabila para follower mendengarnya, ramai yang suka dengan lagu tersebut dan harap Aliff Syukri akan terus kekal dengangenre lagu seperti itu, penuh makna dan amat menyenangkan.

Ini teaser lagu berkenaan:

Aliff Syukri berkata lagu ini masih dalam proses pembikinan dan akan dilancarkan tidak lama lagi. Ramai yang tak sabar nak dengar lagu nasyid dari Aliff Syukri dan isterinya, Datin Shahida yang juga bekas penyanyi nasyid sebelum berkahwin dengan Aliff Syukri.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here