Shafiq Farhain kini sedang melonjak namanya setelah menyertai pertandingan Big Stage dan berjaya mendapat tempat kedua, twas kepada juara, Sarah Suhairi. Sebelum ini nama Shafiq sering dikaitkan dengan ayahnya iaitu Saleem Iklim.
Sehingga ada perselisihan faham yang berlaku antara Shafiq Farhain dan jug ayah kandungnya itu yang kini telah berkahwin lain. Berbicara tentang isu ini, Shafiq menceritakan keadaan hubungannya dengan ayahnya.
“Pada saya, yang lepas itu biarlah lepas. Ramai pihak tak tahu perkara sebenarnya. Ada juga yang tak tahu, tapi buat-buat tahu. Jadi, terpulanglah pada sesiapa untuk buat andaian. Tapi apa yang sebenarnya terjadi itu memang antara kami sahaja yang tahu. Alhamdulillah… hubungan kami sekarang tiada masalah dan tiada apa-apa saya nak komen”
Syafiq Farhain ditemui ketika melawat ayahnya, Saleem yang di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Kuala Lumpur di mana ayahnya seadng jalani rawatan setelah terbabit dengan kemalangan jalan raya baru-baru ini.
Penyanyi kumpulan Iklim ini dilangggar dari belakang oleh sebuah kereta pada 20 September lalu, dipindahkan dari Hospital Kajang ke PPUKM, petang Sabtu lalu.
Penyanyi berumur 24 tahun itu bukan hadir bersendirian kerana lawatan itu turut disertai adik beradiknya yang datang dari Terengganu iaitu abangnya Nurluqman Hakim, 30, dan adik bongsunya Nurul Azwanie Shuhada, 18.
Turut serta, kakaknya, Nurul Hidayah, 28. Seorang lagi abangnya, Nurfahmie Jufrie, 26, yang tinggal di Terengganu tidak dapat hadir kerana menemankan isteri yang sarat mengandung.
Syafiq berkata krisis lama yang terjadi melibatkan dirinya dengan ibu tirinya, Juriah (Julia Bachok) dan bapanya sudah selesai dan hubungan kekeluargaan mereka sudah kembali bertaut.
“Saya jenguk abah sejak hari pertama dia dimasukkan ke Hospital Kajang dan ketika tular berita palsu mengatakan abah meninggal pada tengah malam hari kedua, saya memang berada di sana. Depan mata saya sedang tengok abah dan memang saya bengang apabila dia dikatakan meninggal dunia.
“Saya ibarat penghubung adik beradik dengan ‘aunty’ Ju dan abah. Selain itu, saya merujuk sesuatu perkara dengan abang Khairul Nizam (anak tiri Saleem) sekiranya tak sempat jenguk abah, Alhamdulillah…siapa yang tak mahukan perkara baik-baik. Pendek kata apa yang berlaku ada hikmahnya,”
Syafiq Farhainmenyifatkan kehadiran adik beradiknya melawat Saleem Iklim merupakan satu perkara positif dalam keluarga mereka.
Sementara itu, salah seorang adik beradik Shafiq iaitu Nurluqman ketika ditemui mengakui puas hati dapat melihat sendiri keadaan sebenar ayahnya.
“Kami sangat terkejut apabila tersebar tular mengatakan abah meninggal dunia. Bagaimanapun kami kerap berhubung dengan Khairul Nizam untuk dapatkan cerita sebenar. Kami datang dari Setiu dan rasa bersyukur lihat keadaan abah agak stabil. Alhamdulillah nampak ada perubahan positif padanya. Sebenarnya ini bukan kali pertama kami berjumpa abah kerana ketika dia dimasukkan ke hospital ini dahulu, kami sudah datang melawatnya,”
“Layanan pun bagus dan ‘aunty’ Julia juga okay terima kami. Biasalah, mungkin orang beranggapan yang lain, tapi setakat ini hubungan kami amat baik,”
Apapun semoga Saleem Iklim kembali pulih sepenuhnya.