Ramai Panas Hati Lihat Video Pekerja Stesyen Minyak Kena Sepak Terajang.. Ini Kisah Yang Berlaku

Satu rakaman video cctv menjadi viral di laman sosial Facebook. Melalui video berkenaan seorang pekerja lelaki dipukul dan dibaling dengan objek di sebuah stesen minyak Petronas dalam satu kejadian yang berlaku di Sungkai.

Menurut laman Facebook salah seorang rakan mangsa, punca berlakunya kes berkenaan adalah apabila seorang lelaki ingin mengisi minyak tapi tidak memaklumkan jenis minyak RON97 yang mahu diisi, oelh itu, pekerja berkenaan (mangsa) telah mengisi motor berkenaan dengan minyak RON95.

Akibat berasa marah dan tak berpuas hati, lelaki berkenaan bertindak menarik mangsa keluar dan memukul serta membaling air tin kearah mangsa walaupun mangsa dikatakan sudah berulang kali memohon maaf.

Dari video memang jelas lelaki yang ‘berbadan besar’ itu menendang, menyepak mangsa beberapa kali.

Oleh kerana kejadian ini, mangsa telah membuat laporan polis di Balai Polis Tapah untuk siasatan lanjut.

Rakan mangsa meluahkan rasa kesal dengan kejadian ini kerana melalui penulisannya, mangsa bekerja untuk menyara adik-adiknya. Yang menyedihkan mangsa kini mengalami perasaan trauma dan takut untuk bekerja di stesen minyak berkenaan walaupun terpaksa menyara hidup keluarga.

Ini tulisan rakan mangsa yang menggunakan FB Aboy Anis yang menyebarkan video insiden berkenaan.

“Salam kepada sahabat dua roda. Mintak viralkn video nie.sahabat kami di pukul time tengah berkeje di petronas sungkai.tarikh 6.10.2018.mase 12.45 Tengah hari..punca tersalah isi minyak sampai memukul. Kalau dpt org yg memukul nie sila call balai polis tapah atau balai polis berdekatan. Mangsa sudah mmbuat report di balai polis tapah..org ni mmg cibai lah.kaw org kaya boleh lah.budk to keje petronas nk menyara hidup adek2 dye, nie makcik dye baru lepas jumpe ak.dye ckp ank buah dye trauma nk berkeje di petronas sungkai sampai nk benti keje. So sape nk menolong dye nk meyara kn hidup adek2 dye. Sape ade perikemanusiaan sila viralkn video nie, org bangsat ni kte xboleh simpan. memalukn pencinta dua roda dan memalukn abg2 superbike”

Ini videonya:

Posted by Aboy Anis on Monday, 15 October 2018

Posted by Aboy Anis on Monday, 15 October 2018

Sumber: FB Aboy Anis

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here