“Ramai orang dah minta maaf dengan saya… Ini cerita benar” – Dato Seri Najib Razak

Bekas Perdana Menteri Malaysia iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak akui ketika ini banyak pihak yang tealh tampil membuat permohonan minta maaf dengannya.

Ini ekroan kata-kata yang dilabel sebagai fitnah yang pernah diterima oleh Najib Razak sebelum ini.

Malah dengan nada berseloroh, Najib Razak bercadang mahu membuka bilik minta maaf.

Ini komen Najib Razak:

“Orang sudah minta maaf dengan saya ramai. Ini cerita benar. Tadi keluar surau, ada orang bisik kat saya. ‘Datuk! Saya mintak maaf sebab dulu caci Datuk dan sekarang saya tahu apa yang saya caci itu tidak benar’. Saya maafkan dia.

“Saya cadang nak buat satu bilik untuk mintak maaf kepada saya, boleh (datang). Orang Asli kata boleh bersusun-susun sebab hari ini orang sudah tahu”

Dato Seri Najib Razak berkata sedemikian ketika hadir ke Program Santai Bersama Bosku di Bandar Sri Sendayan di Rantau pada Khamis malam.

Pada masa sama beliau mengakui jika sambutan baik yang diterima rakyat terhadapnya sekarang, kemungkinan parti Barisan Nasional (BN) boleh menang pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu.

Ini jelasnya lagi:

“Saya tak tahulah. Tetapi saya rasa dua tiga hari ini saya lebih popular dari Perdana Menteri. Kalaulah popular macam hari ini tak kalah pilihan raya kita. Dekat mana silap pun kita tidak tahu.

“Kita kena fitnah iaitu satu fitnah dan dua janji palsu. Inilah dua perkara besar. Jangan seinci jadi sedepa. Benda kecil jadi besar. Inilah dia”

Sumber: Astro Awani

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here