Ramai Awek Ajak Ayda Jebat Couple

Peminat khusunya terkejut dengan penampilan terbaru penyanyi Ayda Jebat yang telah tampil berimej berambut pendek hanya kerana komited dengan menjayakan watak drama lakonan terbarunya yang baru saja memulakan penggambaran.

Tidak kurang juga ramai netizen yang memuji dengan penampilan terbarunya itu yang amat sesuai dengan bentuk mukanya itu.

Tetapi satu lagi perkongsian terbaru yang mengejutkan oleh Ayda Jebat apabila dia menjadi perhatian dan mendedahkan dan mendakwa telah menerima banyak mesej peribadi daripada peminat perempuan yang mengajaknya menjalinkan hubungan cinta atau bahasa lain ajak couple.

Penyanyi popular dengan lagu temberang itu juga mengakui dan memberi amaran serta meminta peminat perempuan diluar sana untuk berhenti menghantar mesej peribadi kepadanya dengan ajakan menjalinkan hubungan.

Malah,diruangan komen laman Instagram miliknya juga dibanjiri ramai apabila dia dikatakan kelihatan kacak dan handsome. Ada segelintir netizen juga mengatakan, mereka terhibur dengan membaca komen yang mengatakan bahawa ada perempuan yang mengajak Ayda Jebat ‘couple’.

Namun, ada juga yang bertanyakan kepada Ayda adakah dakwaan yang dikatakan itu benar bahawa ramai perempuan menghantar mesej peribadi kepadanya.

Lebih mengejutkan lagi adalah ia sendiri diakui oleh Ayda Jebat sendiri. Aduhai macam-macam pula perangai peminat sekarang ye. Semoga Ayda Jebat terus tabah dengan karenah daripada peminat semua.

Tapi apa yang pasti dalam islam sendiri melarang perbuatan menjalinkan perhubungan di antara satu jenis jantina yang lain. Atau mungkin peminat perempuan yang menghantar mesej yang ajak Ayda Jebat couple itu adalah sebagai guraun semata-mata.

Diharap penyanyi kecil molek ini akan mengharungi ujian ini dengan penuh kesabaran dan terima dengan positif. Yelah hidup ini tak boleh nak serius sangat betul tak. Harap-harap ia adalah sekadar gurauan semata-mata.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here