“Rakannya buat prank.. bukan honeymoon” – ini jawapan pengurus isu gambar Sufian Suhaimi

Setelah penyanyi Sufian Suhaimi berjaya memenangi trofi Persembahan Terbaik di pentas Anugerah Juara Lagu ke-33 (AJL 33) yang lepas, telah viral beberapa keping gambar dipercayai mirip penyanyi itu bersama seorang wanita. Foto berkenaan dilihat amat mesra sekali.

Menjelaskan lebih lanjut tentang gambar berkenaan, pengurus kepada Sufian Suhaimi iaitu Mahadhir Mohamad tampil memberi kenyataan.

Dia tidak menafikan bahawa pemuda tersebut adalah artis bawah jagaannya.

“Isu gambar tidur dan honeymoon telah dijelaskan oleh Sufian melalui temu bual di radio dan kepada wartawan.

“Penjelasan lanjut boleh didengar menerusi rancangan Melodi pada Ahad ini.

“Dia pergi melancong bersama enam rakan universitinya, bukanlah honeymoon seperti yang didakwa. Gambar Sufian terlelap adalah prank dilakukan oleh rakan-rakannya yang mahu bergurau,”

Justeru, Mahadhir berkata dia berharap agar semua pihak tidak mudah membuat kesimpulan sendiri sebelum mendapatkan kepastian.

Sebelum ini, Sufian Suhaimi ada membuat kenyataan mengatakan dia dikhianat menerusi peyebaran foto berkenaan. Sufian akui dia adalah lelaki di dalam kedua-dua gambar yang tular.

Ini komen Sufian Suhaimi:

“Sejujurnya saya berasa ralat dengan perkara ini. Dalam masa sama, saya tak terkejut. Saya berasakan ini bukan satu isu besar dan tak perlu pun diperbesarkan.

“Kalau boleh berhenti beri perhatian pada isu ini. Tak nak ia jadi fokus orang ramai. Biarkan ia berlalu begitu saja. Sedangkan ada perkara lebih gembira ingin dikongsi.

“Nampak sangat ini lebih kepada perbuatan khianat. Sampai sekarang saya masih solo. Saya berhak untuk berkawan dengan sesiapa saja.

Sumber – MHE TV / BeautifulNara

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here