Kecoh dunia seni hiburan Korea apabila bintang K-Pop iaitu Sulli telah dijumpai mati di rumahnya petang Isnin lalu telah memberi kesan kepada kawan selebritinya.
Salah satunya ialah Goo Hara seorang penyanyi yang telah berkongsi foto bersama dengan Sulli di laman IG miliknya.
Dia juga mengharapkan agar Sulli mendapat ketenangan hidup seperti yang di idamkan.
Antara rakan-rakan seleberiti Sulli yang meluahkan rasa sedih mereka :
“Di dunia ini, saya berharap Jin Ri (nama panggilan Sulli) melakukan apa yang dia mahu,”
“Ini adalah foto saya yang terakhir dengan awak… Saya pernah berkata yang kita sepatutnya mengharungi semua ini bersama tapi saya jadi kawan yang tidak baik apabila membenarkan awak pergi tanpa mengucapkan selamat tinggal,”
“Saya sayang awak, Jin Ri… Saya tidak dapat membalas mesej awak tempoh hari di Kondae disebabkan terlalu malu. Saya minta maaf tidak dapat bawa awak makan ais krim,”
“Awak sudah melalui banyak dugaan. Saya harap awak tidak lagi berasa bimbang mengenai apa saja di sana dan berharap awak akan benar-benar gembira,”
“Kami memohon maaf kerana merahsiakan berita sedih ini. Sulli sudah meninggalkan kita semua. Kami masih tidak percaya dengan situasi sekarang dan dalam keadaan berduka”.
“Untuk keluarganya yang sedang bersedih selepas berita mengejutkan ini, kami mohon agar anda semua tidak membuat spekulasi atau menyebarkan cerita tidak sahih,”
Semestinya peminat Sulli di seluruh dunia seakan tidak percaya dengan berita tentang kematian bintang popular ini.
Dalam pada masa yang sama agensi yang berkaitan iaitu SM Entertaiment telah mengesahkan tentang berita kematian Sulli dirumahnya Seongnam, Seoul pada Isnin petang lalu.
Selain daripada itu, wakil dari pihak agensi menyeru agar semua peminat tidak membuat dakwaan serta andaian berkenaan kematian Sulli.