“Masa solat ingat Tuhan bukan ingat nak rakam masuk IG” Buat Video Ketika Solat, Awal Ashaari Dikecam

Jadi lumrah untuk seorang selebriti popular, apa sahaja yang dilakukan mesti menjadi perhatian. Apatah lagi perkara berkaitan amalan harian dengan agama termasuk lah bersolat.

Pelakon dan pengacara popular tanah air iaitu Awal Ashaari teruk dikecam gara-gara satu rakaman video di laman IG.

Suami kepada Scha Alyahaya, Awal Ashaari ada upload satu video menunjukkan dirinya sedang menunaikan solat di Masjid Sheikh Zayed, Abu Dhabi dan tindakan beliau itu menerima kecaman ramai.

Awal Ashaari dilihat merakam aktiviti solatnya itu untuk dikongsikan di laman IG dan terus dihentam netizen.

Bekas pengacara Melodi ini mengatakan dia nervous sehingga dia terlupa mengerjakan solat tatkala memakai cermin mata hitam. Malah Awal mengatakan di ketika di masjid berkenaan tiada yang mengatakan ‘no camera’ atau no phone’

Ini caption Awal Ashaari:

They did say no camera. They didn’t say no phone. #nervousbuatsalahsampaisolatpakaishades

Ini videonya:

Ramai netizen telah menulis komen mengatakan bahawa solat yang dibuat Awal Ashaari tidak sah kerana dahinya tertutup dan tidak menyentuh lantai ketika bersujud selain tindakan beliau mengenakan cermin mata hitam ketika bersolat.

Ada juga mendakwa, janganlah solat hanya untuk menunjuk, dan menegurnya berbuat demikian.

Ini antara komen netizen:

“Aduh Awal (Ashaari) oi, masa solat ingat Tuhan. Bukan ingat nak rakam masuk Instagram. Nanti Allah bagi pahala lebih ni, sebab bergaya masa solat”

“Tak boleh solat macam tu, jangan tutup segala yang ada di wajah untuk kita bersujud dan menghadap kiblat. Solat kerana Allah bukan untuk suka suka”

“Perlu ke tunjuk solat dalam Instagram ni? Dunia akhir zaman,”

Itulah antara komen-komen yang ditinggalkan oleh netizen selepas video itu dimuatnaik.

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here