Pemerintah mutlak Swaziland, Raja Mswati III, teruk dihentam apabila dia telah membelanjakan £13 juta (RM69.4 juta) kerana membeli ratusan kereta mewah, termasuk juga 19 Rolls-Royces untuk kaum kerabat keluarga serta 14 isterinya.
Raja Mswati dikatakan telah mengimport sebanyak 19 kereta Rolls-Royces serta 120 BMW yang kelihatan dilihat sedang berada di atas treler yang dihantar dari Afrika Selatan pada awal bulan ini.
Daily Mail melaporkan berita tersebut apabila ada saksi melihat kereta model BMW X3 dan 5-Series yang setiap satu berharga lebih £30,000 (RM160,190) cantik berbalut plastik di atas treler dan sedia dihantar dengan menaiki kapal dari Afrika Selatan.
Disebabkan berita yang diterima itu telah pun mencetuskan kemarahan dan kecaman di negara Afrika itu dimana majoriti penduduknya miskin dan berpendapatan rendah.
Sebagai rekod, pendapatan purata tahunan penduduk Swaziland adalah kira-kira £10,000 (RM53,396), bermakna seorang pekerja biasa harus bekerja selama 70 tahun jika mahu membeli sebuah Rolls-Royce.
Umum mengetahui bahawa Mswati ialah seorang raja ng yaberkuasa penuh serta pemerintah mutlak di negara kecil yang berpendudukan kira-kira 1.3 juta manusia.
Raja Mswati dilaporkan mempunyai 14 isteri serta 25 anak dan amat terkenal dengan sikap boros yang sering berbelanja mewah untuk tujuan peribadinya.
Jika sebelum ini Mswati pernah kecoh dikatakan apabila dia dikatakan membeli jet peribadi mewah bernilai £200 juta (RM1.1 bilion).
Parti pemimpin pembangkang, Wandile Dludlu, telah mengutuk dan mengecam Mswati dia secara berterusan boros dengan berbelanja mewah padahal rakyatnya miskin dan meminta bantuan dari Negara luar.
Luahan dari parti pembangkang tentang sikap boros Mswati:
“Ini satu bentuk keangkuhan dan tidak menghormati perasaan rakyat Swaziland yang miskin,”
Dia menyifatkan Mswati sama sekali tidak menghormati rakyat negara sendiri yang miskin.