Rahim Sepahtu telah menjalani satu pembedahan semalam yang dinamakan sebagai Bariatric Surgery atau pintasan gastrik. Rahim yang kini berumur 48 tahun, menjalani pembedahan itu di iHeal Medical Centre, Kuala Lumpur semalam.
Rahim memberitahu dia mengambil keputusan untuk a melakukan pembedahan Bariatric Surgery kerana beberapa sebab.
Antara punca utama ialah masalah obesiti, gastrik selain gangguan tidur yang dikenali sebagai obstructive sleep apnea (OSA) dihadapinya sejak dua tahun lalu menjadi penyebab dia melakukan pembedahan itu.
Ini penjelasan Rahim Sepahtu:
“Saya memang mengalami masalah gastrik agak sudah lama selain gangguan tidur sehingga terpaksa menggunakan alat tekanan saluran pernafasan berterusan bagi membolehkan saya tidur.
“Kesukaran tidur selain nafas terhenti disebabkan obesiti menyebabkan masalah itu dan memerlukan saya menggunakan alat itu untuk memastikan saya sentiasa mendapat oksigen.
“Apabila saya bertemu dengan pakar dan berbincang mengenai masalah saya ini, pembedahan pintasan gastrik sangat sesuai bagi menyelesaikan masalah saya sekali gus dapat mengurangkan berat badan berlebihan,”
Bercakap lanjut mengenai pembedahan itu, Rahim berkata, doktor mengecilkan saiz perutnya sebanyak 70 peratus daripada saiz asal.
Kata Rahim, dia menyasarkan dapat menurunkan berat badannya sebanyak 15 ke 20 kilogram dalam tempoh dua bulan selepas pembedahan selain tidak perlu lagi bergantung kepada alat tekanan saluran pernafasan untuk tidur.
Ini komen Rahim lagi:
“Hendak kurus bukanlah keutamaan saya tetapi lebih kepada kepentingan untuk menjaga kesihatan memandangkan usia pun semakin meningkat. Sasaran saya agar masalah seperti gastrik dan sukar tidur dapat pulih selain menjalani kehidupan lebih sihat selepas ini”
Sementara itu, Rahim berkata, sehari selepas pembedahan, keadaan dirinya beransur pulih dan dia perlu mengikut diet yang betul bagi memastikan badannya dapat berfungsi dengan baik.
Sementara itu, isteri kedua Rahim ada berkongsi gambar bahagian yang dikeluarkan dari perut Rahim.
Ini katanya:
“Bahagian yang dikeluarkan dari perut Abg @rahimr2 semalam. Impressive results sebab pagi ni Abg dah sihat alhamdulillah sgt2
Syukur ya allah memudahkan semua urusan dgn lancar.
“Great, magnificent job by our Doc @dr.mustafam. Speechless. Tq byk2 kepada yg mendoakan Abg ya Hanya allah swt dapat membalas jasa baik anda semua . Subhanallah Ameen.
Rahim bakal bersaing di pentas Maharaja Lawak Mega pada bulan November nanti bersama kumpulan Joras.