“Pura-pura bahagia itu penat…” – Alyah luah perasaan.. sindir Ramli MS

Alyah telah menimbulkan tanda tanya tentaang status rumah tangganya dengan Datuk Ramli MS yang juga merupakan juri Gegar Vaganza.

Melalui luahan hatinya, boleh ikatakan ianya seolah-olah memeprlihatkan rumah tangga mereka sedang bergolak apabila dia dilihat meninggalkan komen di laman sosial suaminya.

Alyah menerusi ruang komen menyindir Ramli yang memuat naik video memperlihatkan pengacara Jihan Muse dan Nabil Ahmad membuat ucapan hari jadi kepadanya.

Penyanyi ini menulis bahawa sambutan hari jadi seperti itu digemari suaminya berbanding bacaan al-Quran yang dibuat untuknya di rumah.

Antara komen Alyah di Instagram Ramli.

“Macam ni la yang dia suka… Sambutan birthday macam ni la yang dia nak. Kalau kita buat bacaan al-Quran kat rumah dia panas duduk kejap je, terus nak keluar main snuker”

Namun, komen dari Alyah itu mendapat perhatian follower Ramli MS dan mengatakan bahawa ianya tak patut dilakukan seorang isteri kepada suaminya.

Ada juga menyatakan bahawa tindakan Alyah menyindir Ramli sebagai tiada adab, tidak menghormati dan membuka aib suaminya sendiri kepada khalayak.

Pun begitu, Alyah yang membalas komen tersebut meminta pihak luar tidak masuk campur dalam urusannya.

“Tak payah busybody la sebab I tak text nama you kat sini… So shut up!

“Aku doakan semoga kau duduk kat tempat aku hanya sehari dan kau boleh tahu kenapa aku macam ni… Tak payah tunjuk hero untuk masalah orang lain”

Perbalahan itu tidak berakhir di situ apabila ada netizen yang ingin mencarikan wanita lain untuk Ramli bagi menggantikan Alyah.

“Kau pergi la kahwin dengan dia… Baru kau tahu dan kau telan balik ayat-ayat puji kau tu mangkuk!

“Dan untuk pengetahuan kau, semua ayat aku text ni aku belajar dari @tokram_ramlims”

Sebelum itu, Alyah meada memuat naik beberapa luahan kecewa di Instagram miliknya.

Alyah mengakui dirinya sedang beremosi dan memohon pihak luar tidak menasihatinya kerana mereka tidak merasai apa yang sedang dilaluinya.

penyanyi ini turut memberitahu dia berasa penat apabila perlu berpura-pura bahagia dan kenyataan itu menimbulkan pelbagai spekulasi berhubung rumah tanggannya dengan Datuk Ramli MS.

“Pura-pura bahagia itu penat. Ya, aku sedang beremosi sekarang ini, tak payahlah nak nasihatkan aku dengan jalan hidup yang kau tak pernah lalui,” tulisnya.

Untuk pengetahuan, Alyah dan Ramli berkahwin poada 18 Mac 2013 di Indonesia secara rahsia.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here