Punggung ‘tonggek’ lain macam persis Kim Kardashian, ini komen jejaka ini..

Kini sedang viral foto yang menunjukkan dua gambar seorang jejaka sehingga menimbulkan tanda tanya.

Ini semua gara-gara bahagian punggung jejaka itu dikatakan bersaiz agak besar dan tonggek serta luar biasa.

Ianya terus mencetuskan pelbagai andaian seperti macam sedang pakai lampin, tuala wanita sehingga dakwaan disuntik. Ada juga memberi komen mengatakan punggung macam Kim Kardashian.

Ini gambarnya:

Tuan punya badan akhirnya tampil memberi komen. Nama jejak itu ialah Muhammad Mustaqim Anuar ataupun Cigu Aqim.

Guru berusia 25 tahun di sebuah sekolah rendah di Segamat, Johor ini menegaskan foto itu memang real dan bukan edit.

Punggungnya kelihatan begitu adalah kesan daripada amalan diet pemakanan dan aktiviti kecergasannya yang dibuat berhari-hari.

Ini komennya:

“Itu bukan suntingan. Kalau nak tahu, saya memang rajin melakukan aktiviti kecergasan setiap hari, macam Ahad pergi ke gim, Isnin ke kelas zumba, dan Selasa pula berenang, dan ia berulang setiap hari.

“Saya juga mengamalkan diet dari Ahad hingga Khamis, tak ambil makanan berminyak, tak ada nasi dan minuman manis. ‘Cheat day’ saya untuk makan macam-macam hanya pada Jumaat dan Sabtu,”

Lebih dikenali sebagai Cikgu Aqim, dia tidak menafikan banyak latihan squat yang dilakukannya setiap hari membuatkan bahagian punggung jadi seperti itu.

Latihan squat dibuat oleh nya selama kira-kira setengah jam tak kisah di rumah atau di gim.

“Sebelum ni pun ada video-video senaman squat saya kongsikan di laman sosial. Selain itu, saya juga kerap berjoging mengikut keadaan.

“Ia terbentuk bukan sekelip mata terus jadi macam tu. Saya bersenam dan mengamalkan diet selama lebih setahun,”

Walaupun ada kata-kata negatif yang dilemparkan terhadapnya di media sosial, Cikgu Aqim ini langsung tak pedulikannya.

“Kalau saya layan nanti akan menganggu emosi. Jadi, lebih baik saya berfikiran positif dan menganggap semua kata-kata tu sekadar gurauan.

“Ada komen yang sempat saya baca, hanya ketawa dan memberi respons. Mana-mana komen keterlaluan di laman sosial sendiri, mereka akan disekat (block),”

Dia turut mengakui perubahan ketara pada bahagian badannya itu turut disedari keluarga, teman-teman rapat dan anak-anak muridnya.

“Ada yang tahu aktiviti rutin saya mengamalkan gaya hidup sihat, dan mereka akan faham sendiri.

“Ada juga kenalan pernah menyamakan bahagian tersebut seperti Kim Kardarshian. Saya hanya gelak saja, tak ambil serius dan anggap sebagai gurauan,”

Sumber: mStar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here