Punca Pengantin Perempuan Muka Masam Bukan Sebab Tak Rela Madu

Kejadian yang berlaku di Sabah ini telah tular ke semua media sosial kerana seorang lelaki bernikah dengan dua perempuan secara serentak telah menjadi buah mulut ramai orang.

Di katakana bahawa gambar pengantin tersebut telah dimuatnaik oleh individu yang dikenali sebagai Jimmy Jim di laman Facebooknya dengan mengucapkan Selamat pengantin baru serta mengucapkan tahniah kepada sepupunya yang telah bernikah dengan dua wanita serentak.

Menurutnya juga, tindakan yang dilakukan oleh sepupunya itu telah pun memecahkan tradisi keluarganya dengan berkahwin dengan dua orang wanita dalam satu masa.

Menurut individu yang memuat naik gambar perkahwinan sepupunya itu yang bernama Amin tinggal di Semporna Sabah. Jimmy Satan turut berkata :-

“Amin sebenarnya sudah bertunang dengan kekasihnya satu kampung, Lena Saleh. Namun mereka bercinta jarak jauh, seorang kerja di Kota Kinabalu dan seorang lagi di Pulau Mabul.

“Ketika kerja di Pulau Mabul, Amin jatuh cinta dengan Aini Said (isteri pertama). Jadi mereka merancang untuk bernikah tetapi perkara itu diketahui tunangnya (Lena).

“Tunang Amin (Lena) pun balik kampung dan dia juga beritahu mahu bernikah kerana tidak sanggup berpisah dengan sepupu saya. Atas sebab itu mereka dinikahkan serentak pada Jumaat lalu,”

“Pakcik saya (bapa pengantin lelaki) pengsan dalam masa lima minit sebab terkejut anak dia mahu bernikah dengan dua perempuan.

“Sebab itu saya tulis dekat Facebook saya dia pecah rekod keluarga kami dan kaum Suluk di Sabah. Benda macam ni jarang-jarang berlaku dan belum pernah dibuat orang zaman sekarang.

“Pernikahan itu dipersetujui ketiga-tiga keluarga setelah mendapat pandangan Tok Kadi, ketua kampung dan penduduk di situ,”

Mengenai dakwaan bahawa isteri kedua pengantin lelaki itu yang di lihat monyok dan masam semasa majlis perkahwinannya adalah kerana pengantin perempuan ( Lena) merasa malu dan bukan disebabkan dia tidak suka dengan poligami.

Menurut Jim Satan lagi, muka Lena sememangnya begitu sedikit garang dan masam sedikit.

Kedua-dua pengantin perempuan itu tidak bergaduh mahupun bermusuh mereka berdua berumur dalam lingkungkan 20 an.

Semoga perkahwinan yang dibina sentiasa bahagia dan sempurna hingga ke jannah. Wah seronok betul pengantin lelaki kahwin sekali terus dapat dua orang wanita dalam satu masa

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here