Punca Belon Gas Helium Meletup Dikenal Pasti

Dilaporkan lebih 16 orang serta sembilan kanak-kanak melecur akibat daripada belon berisi gas helium meletup ketika selesainya Program Kecergasan Kementerian Pendidikan Peringkat Kebangsaan 2019 di Dataran Putrajaya.

Menurut Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Rosly Hassan insiden itu terjadi lebih kurang jam 11.34 pagi tadi dan melibatkan sembilan kanak-kanak dan tujuh dewasa mangsa yang berusia dalamkungan ling empat hingga 30 tahun.

Menurut daripada siasatan awal telah mengenalpasti kejadian itu berlaku selepas berakhirnya program tersebut.

Ia berpunca daripada pengunjung serta peserta program tersebut yang mahu membawa balik belon tersebut .

Kenyataan dari pihak polis :

“Siasatan mendapati terdapat tiga gugusan belon berwarna biru, kuning dan merah berisi gas helium yang terikat, cuba diambil pengunjung”.

“Ada saksi berkata berlaku perebutan antara pengunjung di situ yang mahu mengambilnya dengan ada yang menggunakan gunting untuk memutuskan tali,
selain ada individu lain menggunakan pemetik api”.

“Penggunaan pemetik api itu menyebabkan belon meletup dan serpihan belon mengenai mangsa yang mengakibatkan mereka melecur,”

“Kita akan teruskan siasatan lanjut dan usaha mengesan lelaki terbabit sedang dijalankan. Kita juga meminta saksi lain yang melihat kejadian tampil membantu siasatan,”

“Kumpulan pertama mangsa tiba untuk rawatan kecemasan pada jam 12.20 tengah hari sebelum disusuli mangsa lain”.

“Mereka mengalami melecur tahap satu dan dua serta kesan melecur di bahagian berbeza pada setiap mangsa. Ada yang di kening, muka, kulit kepala dan tangan”.

“Setakat ini enam pesakit memerlukan pemerhatian lanjut, manakala selebihnya akan dibenarkan pulang jika rawatan sudah selesai,”

Punca insiden malang itu dikatakan berpunca daripada tindakan individu yang membakar tali pengikat belon tersebut.

Pihak polis juga menyatakan bahawa pihak mereka juga telah menemui pemetik api yang digunakan untuk membakar tali belon tersebut.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here