Punca Artis Kacak Thai Gantung Diri

Industri hiburan Thailand telah digemparkan apabila pelakon dan pengacara kacak Hemmawat Nittayaros berindak menbunuh dirinya di kondonya .

Pada malam kejadian Hem dilaporkan berada dengan teman wanitanya  sebelum dia menggantung diri pada jam 4.45 pagi, 25 September 2019 lalu.

Berita yang melaporkan bahawa Hem Hemmawat Nittayaros menggantung dirinya telah disaksikan sendiri oleh teman wanitanya yang terjaga dari tidur untuk membuang air. Teman wanitanya terkejut bila melihat  Hem Hemmawat telah tergantung dan tangan kanannya masih lagi memegang kaca mata.

Dikatakan bahawa pelakon ini membunuh diri dengan menggunakan kain  telah digantungkan di beranda (bersebelahan dengan bilik tidur). Dia memakai baju  merah dengan seluar pendek hitam. Terdapat sebuah kerusi jatuh dan dipercayai telah digunakan bagi membunuh diri.

Teman wanita mangsa, Hem Hemmawat berkata teman lelakinya itu dilihat tertekan dan stress kerana dia mengalami masalah kewangan. Pernah  namun telah berjumpa dengan pakar.

Sebelum beritindak mengantung diri mangsa juga sempat memuat naik status laman sosialnya:-

Terima kasih segalanya yang muncul dalam hidup, hari keamanan hampir tiba‘ dan ‘Penat‘.

‘Dunia penuh dengan pelbagai perkara yang menghancurkan: hancur hati, memungkiri janji dan begitu kehancuran manusia sendiri’

Disebakan status yang dimuat naik tersebut mangsa juga telah dihujani dengan ucapan dari segenap peminatnya.

Bagaimanapun, ruang pada status berkenaan dihujani ucapan takziah dari rakan artis di Thailand dan peminat dari pelbagai negara.

Hem juga pernah meluahkan perasaannya sebelum tragedi malang itu :-

Kita tidak tahu peluang terakhir datang bersama orang yang kita cintai.

Dia pernah berkata ‘kalau suatu hari tiada saya nanti, mungkin dunia akan lebih bahagia’,  

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here