Pukul 6 Aku Beli Cincin, Pukul 10 Dia Mintak Breakup

Seorang lelaki telah berkongsi kisah sedih dirinya ditinggalkan kekasih yang mahu dijadikan isteri. Lelaki ini baru sahaja membeli cincin untuk buat surprise kepada kekasihnya tetapi akhirnya dirinya sendiri yang terkena surprise apabila tak angin tanpa ribut, gadis berkenaan minta putus pula.

Ini perkongsian lealki berkenaan:

“Aku Tak Faham. Lately Perempuan Zaman Sekarang Senang2 Je Buang Lelaki Yang Nak Menghalalkan Kau . Siapa Sebenarnya TRASH? Harini Pukul 6 aku Deal Beli Cincin Pukul 10 Dia Mintak Breakup. Hahah Sedih.

“Pukul 6 aku survay cincin, pukul 10 dia buat hal. Sedih. Aku ingat nak buat suprise esok, tapi hmm.

“Perempuan sekarang memang buta eh? Kalau aku jadi perempuan, aku rasa aku org yang paling bahgia bila ada bf nak bagi someting special event simple. Mahal do aku beli

“But zaman skrang aku tak tahu la weh, bukan aku sorang je kene ramai dah laki kat kua sana senasib macam aku. Apa salah lelaki yang truth love ni ? Sedih weh, hari2 terfikir pasal dia, kadang2 teringat. Rindu, event orang tu dah takda .

“Act mcm ni. Aku cari cincin sebab esok my parent nak pegi rumah dia. Aku ingat nk buat somting special la. Bagi some gift. Nak tunjuk yang kita sayang dia. And nk bagi parent aku kenal2 kenal2 dengan family dia.

“Aku dengan dia dah plan nak datang merisik bulan 1 ni. Bersunguh aku kerja cari duit. Duduk bawah matahari tegak je. Selamba sebab nak cari duit punya pasal. Makan pun aku kawal. Nasi bujang je weh . Ikat perut aku time tu .

“Sedih malas aku nak cerita. Kesimpulan, dear perempuan hargai la laki laki yang berusaha nak menghalalkan kau. Bukan senang nak cari duit zaman skrg. Hargai, sayang dia macm mana dia sayang kau.

“Tak ramai lelaki yang nak menghalalkan kau. Aku tak faham dengan permpuan . “Dah ada matahari dia pilih lilin”

“Sedih tu tak sangat. Cuma terkilan. Nak paksa pun tak boleh. Redha je la. Tapi cuma rindu tu je.

Sumber; Twitter MuhdRafaen

Ini fotonya:

Sedih juga kisah lelaki ini. Tak apa bunga bukan sekuntum, mungkin jodoh dengan orang lain.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here