PU Syed Minta Jangan Tiru Aksi Nabila Huda Selfie Dengan Anjing

Gara-gara Nabila Huda yang telah memuat naik foto ‘selfie’ dengan seekor anjing di laman sosial Instagramnya pada Rabu lalu telah menarik perhatian  Pencetus Ummah (PU) Syed yang bertindak telah menegur tindakan pelakon tersebut.

Menurut PU Syed apa yang dilakukan oleh artis kita seolah-olah merupakan ia adalah perbuatan yang menjadi kebiasaan sehingga ia telah menimbulkan  fitnah pada agama islam.

Selain itu, PU Syed juga sempat menegur adegan bersentuhan serta berpelukan dalam rancangan drama yang acap kali berulang tanpa ada rasa bersalah malah bangga menjadi tontonan peminat.

Menurut kata dari PU Syed lagi tentang tindakan Nabila Huda berselfie bersama anjing  pada Facebooknya :

“Saya dah samak (sebenarnya adalah sertu)” Itu kata-kata Nabila Huda bila dia memuat naik gambarnya bersama seekor anjing. Fenomena membuat sesuatu yang haram dengan sedar dalam kalangan artis yang semakin menjadi-jadi dan dianggap biasa”.

“Biar tahu jangan keliru. Hukum menyentuh anjing. Anjing adalah termasuk sebagai najis mughalazah iaitu najis berat”.

“Sama ada yang digunakan untuk berburu atau tidak, yang kecil atau yang besar. Merujuk kepada mazhab Syafie, setiap inci bagi seekor anjing itu adalah dikira sebagai najis”.

“Kalau pun artis ini bermazhab lain selain mazhab di Malaysia, tak payah up gambar sebegitu rupa yang membiarkan fitnah buat diri sendiri dan menjadi ikutan kepada peminat-peminat dia,” 

“Dari adegan bersentuhan, berpelukan sehingga perkara-perkara dosa lain yang sering mereka ulang dan tanpa rasa bersalah dipertontonkan kepada peminat mereka”.

“Fenomena menormalisasikan dosa ini sangat bahaya dan ianya boleh mendatangkan fitnah pada agama,”

Pelakon Nabila Huda yang turut dikenali sebagai Abil telah memuat naik gambar Selfie dengan seekor anjing semasa dia dan keluarganya sedang bercuti di New Zealand baru-baru ini.

Dalam kesempatan itu, PU Syed juga telah menegur perbuatan Nabila serta telah berkongsi hadis daripada Abu Hurairah R.A serta mazhab Syafie yang berpendapat bahawa seluruh badan anjing merupakan najis.

Dia juga menyatakan bahawa gambar sedemikian tidak wajar di pertontonkan di kalangan peminat ditakuti ia akan mengundang fitnah serta kemungkinan akan menjadi ikiutan trend oleh para peminatnya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here