PU Abu Sufyan disamakan macam watak Ustaz Madi.. Ini komen Azhan Rani

Alam maya tatkala ini sibuk membicara tentang kes melibatkan seorang ustaz selebriti iaitu Pencetus Ummah Abu Sufyan atau PU Abu.

Nama PU Abu jadi buah mulut ekoran kisah pendakwah berkenaan yang telah menceraikan isterinya ketika sedang hamil anak mereka. Malah Pu Abu juga telah bernikah dengan wanita lain dan khabarnya pernah meminta untuk berkahwin lain di usia perkahwinan baru dua bulan sahaja.

Secara kebetulan, drama paling popular ketika ini iaitu drama Nur2 ada menampilkan watak ustaz yang dilabel sebagai ‘penunggang agama’ iaitu Ustaz Hamadi.

Watak berkenaan dilakonkan oleh pelakon hebat iaitu Azhan Rani.

Apabila kejadian ini berlaku, ramai mula memperkatakan memang benar-benar wujud bahawa ada ‘ustaz Madi’ di luar sana, bukan setakat dalam drama sahaja.

Menjawab dakwaan ini, portal mStar ada bertanya kepada pelakon ustaz Hamadi iaitu Azhan Rani.

Ini komen Azhan Rani tentang hal ini:

“Ramai yang tag dengan isu ini kepada saya. Bohong kalau saya tak tahu”

“Sebagai pelakon, saya tak tahu perkara sebenarnya. Saya tak dapat nak komen yang detail. Saya Azhan Rani tak pernah lalui fasa rumah tangga”

“Cumanya, saya boleh katakan satu berita yang amat sedih la. Dalam Islam penceraian itu satu yang tak digalakkan. Kalau terjadi mungkin ada sebab nya. Sesuatu yang amat dikesalkan”

Sumber: mStar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here