Ketika ini masih lagi hangat diperkatakan tentang isu majlis perkahwinan Ahya Rosli, anak pelakon veteran Normah Damanhuri.
Sepupu kepada Ahya dan juga Liana Rosli, bernama Fais Al Hajari,telah meluahkan rasa kesal terhadap majlis tersebut. Malah Fais telah melabel acara berkenaan sebagai jahiliah dan bersyukur kerana mereka keluar awal dari majlis tersebut.
Tidak senang dengan kenyataan yang dibuat oleh Fais Al Hajari itu, Liana Rosli yang mesra disapa sebagai kak KM telah memberi respon balas dan meluahkan rasa tidak puas hati di IG.
Menerusi IG story milik Kak KM, ternyata kakak kepada Ahya ini amat berang dengan kenyataan sepupunya di Facebook, yang disifatkan sebagai berlagak alim telah membuatkan usahawan jamu itu sangat marah.
Malah menerusi video berkenaan, kak KM sempat memberi amaran kepada sepupunya supaya jangan terus mencucuk api kemarahan jika tidak mahu keluarganya pula di aibkan.
Ini antara komen dan amaran Kak KM:
“Wowwww TAHNIAH YANG POYO DAN PURA-PURA ALIM”
“Aku tak kisah orang luar nak kecam, tapi bila sepupu sendiri.. kau nak buruk-burukkan, jangan sampai aku bukak aib kau, makan tak habis”
“Depan-depan boleh kau nak senyum, belakang kau main taik kan?”
“kau jangan cabar aku.. aku cerita satu persatu adik beradik kau, mak kau punya kisah”
“Eh serius la jangan bagi aku marah.. nak mengaku kau sepupu pun aku malu weh”
“Kalau berani datang sini la wei, jangan sampai aku datang rumah kau”
“Jangan sampai aku buka aib keluarga kau!”
Terbaru, satu permohonan maaf secara terbuka telah dibuat dramatis Normah Damanhuri di akaun Instagram miliknya, yang nyata kesal dengan kejadian yang berlaku.
Normah Damanhuri akui sepatutnya penari berkenaan hanya membuat persembahan lain dan tak seperti itu dan terkejut pakaiannya agak keterlaluan.
Sumber: Liana Rosli