Polis Pijak Tendang Isteri Semasa Hamil Lafaz Cerai Melalui WhatsApp

Setiap perkahwinan yang dibina sudah semestinya mempunyai pelbagai ranjau dan duri. Ada kisah suka dan duka. Namun satu perkongsian oleh seorang wanita yang dikenali sebagai Hasyidatul Hanim telah berkongsi kisah dukanya.

Hasyidatul sudah mendirikan rumah tangga dengan pasanganya selama lima tahun dan dikurniakan tiga cahaya mata. Ini adalah kisah sedih dan malang wanita tabah ini.

Luahan hati dan perasaan yang lama terseksa:

“Ikatan perkahwinan pada 2014 adalah di atas dasar kerelaan dan kasih sayang dengan suami”.

“Sebelum berkahwin saya tanya dia betul-betul ke nak kahwin sebab umur masih muda, 23 tahun ketika itu. Dia cakap memang dia nak kahwin”.

“Walaupun kami kekurangan dari segi kewangan, saya tidak pernah persoalkan dan ianya bukanlah masalah utama kecuali kekangan masa suami bersama keluarga dan anak-anak”.

“Ini kerana dia bekerja sebagai anggota polis dan saya percaya alasannya bahawa tugas lebih penting daripada segalanya”.

“Tetapi sepanjang perkahwinan suami beberapa kali curang. Setiap kali kantoi akan berlaku pergaduhan”.

“Saya sering dikasari dan dipukul. Tetapi sebagai isteri saya sentiasa memaafkannya. Saya masih memberi peluang kepadanya kerana sayangkan hubungan ini dan anak-anak,”

“Banyak kali juga saya dijadikan ‘punching bag’ pelepas geram suami sendiri”.

“Sewaktu mengandung anak bongsu, saya ditendang dan hampir masuk wad kerana pergerakan anak tidak stabil. Ketika itu saya masih lagi tutup aibnya”.

“Disebabkan itu saya terpaksa menjalani pembedahan kandungan, namun dia tetap tidak ada di sisi kerana perlu pergi kerja”.

“Dan kali ini dia curang lagi. Saya ada mesej wanita itu, namun mereka berdua menafikannya”.

“Disebabkan egonya tidak mengaku sehinggalah saya viralkan pasal wanita itu, dia akhirnya ceraikan saya”.

“Alasannya dia tidak mahu kes ini tersangkut dengan kerja dia”.

“Saya juga minta cerai sebab sudah habis kesabaran dengan dia. Terima kasih lafazkan talak menerusi WhatsApp sahaja,”

Menurut wanita malang ini lagi, selama lima tahun dalam alam rumah tangga bersama suaminya itu dia langsung tidak pernah terfikir untuk membuka aib kelakuan kejam suaminya itu dan terus bersabar selagi boleh.

Baginya lagi dia sudah penat dan cukup setakat tiga kali bergadai nyawa bagi melahirkan anak-anak mereka yang dimana suaminya tidak pernah pun menghargai jasanya sebagai isteri.

Suaminya itu bukan sahaja berlaku curang berkali-kali namun sering kali menjadikan dia sebagai tempat melepaskan geram. Dia dipukul banyak kali dan ditendang ketika mengandung dan dimasukan ke wad.

Akibat daripada ditendang wanita malang ini telah terpaksa menjalani pembedahan bagi menyelamatkan bayi dalam kandungannya itu.

Akhirnya apabila mangsa sudah tidak tahan diperlakukan sebegitu rupa dia nekad meminta cerai daripada suaminya. Lelaki itu kemudian hanya menceraikan dia melalui aplikasi Whatsapps sahaja.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here