Pihak Pengantin Lelaki Tampil Beri Kenyataan… Apa Kes?

Sebelum memang tersebar cerita tentang perkahwinan seorang lelaku muda dengan wanita yang ebrusia 23 tahun lebih tua darinya.

Muhammad Zulhelmie Fikrie Salikin telah mendirikan rumah tangga dengan seorang peniaga berusia 49 tahun dan perkara ini menjadi viral di laman media sosial.

Keluarga pihak pengantin lelaki iaitu kakak kepada Zulhelmie iaitu Fauziana Salikin telah tampil membuat kenyataan dan menafikan adiknya mahu memikat anak tiri wanita itu sebelum terpikat dengan wanita berkenaan.

Fauziana berkata, adik lelakinya yang berusia 26 tahun itu berkahwin dengan Tina Yusof, 49 tahun atas dasar suka sama suka.

Ini komen Fauziana Salikin (kakak pengantin lelaki)

“Kenyataan seperti yang tular di media sosial tidak benar sama sekali. Adik saya tak pernah nak memikat anak isterinya.

“Adik saya dan isterinya berkahwin kerana suka sama suka. Tiada isitilah nak tackle anak tersalah tackle mak pula”

“Mulut orang tak boleh nak tutup. Tak apalah biarlah mereka”

Dalam pada itu, Fauziana turut terkilan dengan netizen yang membuat tuduhan melulu mengenai perkahwinan adik lelakinya itu.

Pada masa sama, Fauziana mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang mendoakan kebahagiaan adiknya itu.

“Terima kasih kerana mendoakan adik saya dan isterinya. Semoga anda semua juga berbahagia hingga ke syurga”

Gambar perkahwinan pasangan ini menjadi tular di media sosial beberapa hari lalu.

Majlis perkahwinan pasangan yang merupakan generasi Felda itu berlangsung di rumah pengantin perempuan di Felda Bukit Kepayang di sini pada Sabtu lalu.

Tina berstatus ibu tunggal selepas kematian suaminya enam tahun lepas. Dia yang menjalankan perniagaan kedai makan sejak 20 tahun lalu mempunyai lima anak berusia 13 hingga 32 tahun dan empat cucu.

Difahamkan Tina mengenali Muhammad Zulhelmie Fikrie melalui laman sosial Facebook dan membuat keputusan mendirikan rumah tangga selepas berkenalan dua tahun.

Selamat pengantin diucapkan buat Zulhemie dan juga Tina. Semoga berbahagia selalu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here