Baru-baru ini media sosial digemparkan dengan berita tentang bekas isteri kepada Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V dimana Rihana Oksana telah pun mendedahkan wajah anaknya kepada umum di media sosial Instagramnya.
Setelah lebih kurang lima bulan merahsiakan wajah anaknya itu bekas Ratu Cantik ini telah menunaikan janjinya dengan menunjukan beberapa keping gambar wajah anaknya yang didakwa serupa dengan orang asia.
Hasil daripada gambar yang dikongsikan itu, ternyata ia telah mendapat perhatian warga netizen yang rata-rata telah memuji kecomelan mirip asia yang dimiliki oleh Tengku Ismail Leon Petra.
Dengan tegas Rihana Oksana mendakwa bahawa Tengku Ismail Leon Petra adalah merupakan anak hasil daripada perkongsian pernikahan mereka serta memberitahu bahawa wajah anaknya itu tidak tumpah seperti Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V.
Namun begitu, satu laporan daripada Daily Mail UK, memberitahu sumber sah daripada pihak Istana Kelantan telah memberitahu akhbar itu serta menafikan bahawa wajah anak milik Rihana Oksana iaitu Tengku Leon sama seperti Sultan Muhammad V.
Menurut sumber daripada pihak Istana Kelantan menyatakan bahawa iras wajah seperti bayi asia sahaja bukanlah bukti yang sah yang boleh dipakai bagi membuktikan siapakah bapa kandung bayi tersebut.
Jelasnya lagi, mungkin bayi Rihana Oksana itu adalah merupakan anak daripada lelaki Asia yang lain.
Malah sumber berkenaan juga mendakwa, Rihana Oksana dengan sengaja menggunakan nama Petra di namanya bagi meraih perhatian popular yang diinginkan kerana dia adalah merupakan seorang selebriti.
Turut didakwa oleh sumber dari pihak Istana Kelantan memberitahu bahawa Baginda menyatakan bahawa berkahwin dengan Rihana merupakan satu kesilapan yang amat besar.
Dakwaan yang menyatakan bahawa baginda menangis terharu apabila mendengar tentang berita Rihana mengandung juga merupakan cerita karut.