PETRONAS Sprinta Tingkat Prestasi Dan Keupayaan Enjin

0
129

PETRONAS terus melakar sejarah tersendiri apabila berjaya menghasilkan minyak pelincir yang mampu meningkatkan prestasi dan keupayaan enjin di samping membersihkan enjin secara lebih unggul. Ia dirumus khas dengan unik untuk memenuhi ciri-ciri Yamaha YZR-M1.

Keupayaannya teruji pada kejohanan MotoGP pertama musim lalu yang turut menjadi platform untuk memperkenalkan teknologi dan produk berkenaan kepada orang ramai. Walaupun pertama kali menjalankan projek mengembangkan keupayaan Sprinta, namun ia suatu yang mengujakan apabila PETRONAS berjaya melakukannya dalam tempoh kurang dari satu tahun berbanding dua tahun jangka masa diperuntukkan. Ia pencapaian membanggakan apabila formulasi Sprinta dicipta menggunakan minyak asas propriateri PETRONAS yang dihasilkan sendiri kilang penapisnya sekali gus menjadikan minyak pelincir berkenaan lebih istimewa.

Penunggang PETRONAS Yamaha SRT, yang juga Rookie of The Year dalam kejohanan MotoGP, Fabio Quartararo turut mengakui Yamaha yang menggunakan formulasi minyak Sprinta dapatĀ  membantu beliau memberikan persembahan dengan lebih baik dan cekap. Yamaha mudah ditunggangi dan mampu memberikanĀ  lebih keyakinan kepada penunggang ketika mengendalikannya sekali gus mengelak melakukan kesalahan- kesalahan kecil sepanjang tempoh pengendalian.

Sementara itu, Pengurus Besar Jabatan Pengurusan Jenama dan Komunikasi Strategik Kumpulan, Noor Afiza Mohd Yusof berkata, PETRONAS sangat teruja apabila dapat memanfaatkan penyertaan dalam MotoGP untuk memperkenalkan teknologi serta produknya kepada orang ramai. Menurutnya, pertama kali menjalankan projek mengembangkan Sprinta, tempoh masa diberikan adalah dua tahun, bagaimanapun pihaknya berjaya melakukannya dalam tempoh kurang dari satu tahun. “Malah kami juga berjaya mengasimilasikan dua produk – Tutela (cecair penghantaran) dan Sprinta (minyak enjin). “Kami bangga dapat mengecapi kejayaan ini dalam masa yang singkat sekali gus menjadikan PETRONAS Sprinta lebih istimewa, “katanya.

Pengurus Pasukan PETRONAS Yamaha SRT, Wilco Zeelenberg pula berkata, pembakaran enjin MotoGP, RPM pada suhu luar biasa untuk menghasilkan minyak enjin berprestasi tinggi dalam masa yang singkat dan mampu berfungsi dengan baik adalah suatu yang sangat mengagumkan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here