Selebriti senior tanah air iaitu AR Badul baru-baru jatuh sakit apabila terkena serangan jantung.
Namun ada pihak yang tak bertanggungjawab membuat berita palsu kononnya pelakon dan pengarah ini jatuh sakit teruk sehingga sudah meninggal dunia.
Berita itu adalah tak betul sama sekali dan kes penyebaran kematiannya itu telah menyusahkan orang ramai terutama saudara-mara apabila ada antara mereka sudah menempah tiket kapal terbang untuk menghadiri majlis pengebumiannya malah ada yang terkejut sampai hampir jatuh sakit.
Katanya, ramai anggota keluarganya tinggal di negara jiran, Singapura, dan apabila berita seperti ini tersebar, mereka masing-masing teregsa-gesa untuk mencari penerbangan ke Kuala Lumpur sementara menunggu kesahihan berita.
Ini penjelasan AR Badul lagi:
“Saya pun hairan, apa yang membuatkan mereka seronok sangat menyebarkan kematian orang? Perkara sebegini menyusahkan ahli keluarga, saudara-mara dan kawan lain yang mungkin enggan terlepas memberi penghormatan terakhir.
“Di pihak saya sendiri, ia tidaklah menjadi beban walaupun sejak pagi telefon berdering tanpa henti apabila masing-masing ingin mendapatkan kesahihan. Ada juga yang terpacul di depan pintu rumah. Alhamdulillah, saya masih diberikan peluang untuk terus bernafas, hari ini.
“Cuma, saya kasihan pada saudara-mara dari jauh yang sudah membeli tiket. Saya juga dimaklumkan, seorang ahli keluarga terdekat nyaris terkena serangan jantung kerana terkejut. Tolonglah, esok atau lusa kalau betul ada kematian, tiada siapa yang datang ziarah sebab takut tertipu,”
Sebelum ini, AR Badul telah dimasukkan CCU di Institut Jantung Negara (IJN), kerana serangan jantung, akan tetapi ketiak ini, keadaan pelakon ini semakin baik selepas pembedahan pemasangan stent.
Beliau memaklumkan sudah dibenarkan keluar hospital sejak Rabu lalu dan kini berehat di kampung isterinya di Pahang. Sementara itu, beliau akan kembali semula ke IJN utnuk buat prosedur pemasangan stent kali kedua ada bulan depan.
Ini komennya lagi:
“Syukur kesihatan saya bertambah baik dan saya rasa bertenaga. Cuma, doktor menasihatkan saya menjaga pemakanan selain mengikut amalan gaya hidup sihat.
Tentang si penyebar berita tak betul itu, AR Badul hanya memaafkan mereka namun berharap selepas ini tiada lagi perkara seperti itu berulang.
Sumber: BH