“Peristiwa sedih ialah anak saya diuji dengan terkena sihir” Keluarga Menteri Besar Kelantan Kena Sihir

Siapa sangka sebenarnya ahli keluarga Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob pernah duji dengan ujian apabila disihir ketika di awal Datuk Ahmad Yakob dilantik untuk memegang jawatan Menteri Besar di negeri bernkenaan.

Perkara tersebut bukanlah gurauan tetapi sebenarnya antara pengalaman ngeri yang didedahkan Datin Siti Zabidah Abdul Hamid iaitu isteri kepada Menteri Besar Kelantan.

Temubual berkenaan adalah bersempena Program Bicara Tokoh bersama YABhg. Datin Bentara Kanan Hajah Siti Zabidah Binti Ab. Hamid, Isteri Menteri Besar Kelantan.

Pada program anjuran Perbadanan Perpustakaan Awam Kelantan itu, ibu kepada 11 anak tersebut berkata, peristiwa tersebut berlaku pada tahun 2014 ketika negeri ini dilanda Bah Kuning.

Ini pendedahan isteri kepada Menteri Besar Kelantan ini:

“Memang kita akan sentiasa diuji oleh ALLAH SWT, dengan ujian kesenangan dan juga berduka. Setelah Datuk menjadi Menteri Besar, saya rasa ini juga ujian kepada saya.

“Peristiwa yang sedih ialah anak-anak saya diuji dengan terkena sihir. Alhamdulillah ramai yang membantu membawa ustaz dari Darul Syifa. Arwah Datuk Harun Din juga membantu.

“Ramai lagi ustaz di Kelantan yang datang membantu. Sebulan sekali ustaz datang ke rumah merawat”

Boleh tonton pendedahan dari Datin Siti Zabidah di video di bawah (bermula minit ke 30)

Program Bicara Tokoh bersama YABhg. Datin Bentara Kanan Hajah Siti Zabidah Binti Ab. Hamid, Isteri Menteri Besar Kelantan

Posted by Perpustakaan Awam Kelantan on Sunday, 2 December 2018

Beliau bersama hampir 100 tetamu yang mengikuti perkongsian selama 1 jam 30 minit itu. Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita, Mumtaz Md Nawi.

Semoga keluarga Menteri Besar kelantan terus tabah dengan dugaan seperti itu. Memang tak disangka perkara ini berlaku kepada keluarga beliau.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here