Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan dikerahkan Ahad Ini – Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

Bermula ahad ini, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan dikerahkan untuk membantu pihak polis dalam menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan.

Walaupun anggota ATM digerakkan namun situasi ini bukanlah darurat. Kata Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau juga menafikan ada dakwaan palsu bahawa beliau akan momohon perkenan Yang Dipertuan Agong supaya perintah darurat dilaksanakan. “Tiada dalam perancangan kerajaan pun untuk umumkan darurat, tiada aset tentera yang digerakkan pun buat masa sekarang seperti berita palsu yang ditularkan di laman media sosial,” jelasnya lagi.

Sehingga hari ni, polis juga melaporkan peningkatan darisegi pematuhan arahan daripada rakyat dan beliau berharap dapat melihat lebih lagi apabila tentera tersebut digerakkan.

18 Mac lalu, Perintah Kawalan Pergerakan (Movement Control Order) telah dilaksanakan dan akan berakhir sehingga 31hb Mac bagi mengekang masalah wabak COVID-19 yang mecatatkan peningkatan sejak awal Mac lalu. Orang ramai dinasihatkan supaya duduk dirumah selama 2 minggu.

Sumber: Astro Awani

 

 

 

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here