Peringatan isteri kepada Tauke Raja Lawak

Sebelum ini, pasangan Tauke Raja Lawak dan isteri pernah mengalami pergolakkan rumah tangga. Ianya berlaku ketika tauke sedang berjuang di rancangan Maharaja Lawak Mega. Kini hubungan mereka dikatakan sudah kembali pulih.

Isteri pelawak, Tauke Jambu, Nadia telah memberi ucapan dan peringatan khas kepada tauke Raja Lawak sempena ulangtahun kelahirannya yang ke 43 tahun.. Nadia berharap suaminya lebih matang dan tidak lagi berkelakuan nakal selepas ini.

Menerusi satu perkongsian di laman Instagram, Nadia berkongsikan gambar mereka sekeluarga, gembira meluangkan masa bersama anaknya ketika bercuti di Gambang Waterpark, Pahang.

Perkongsian itu turut disertakan dengan ucapan sinis menggambarkan apa yang berlaku sebelum ini.

Ini komen Nadia:

“Happy birthday to my beloved husband. May God bless you. Semoga sihat selalu dipanjangkn umur dan dimurahkan lagi rezeki. Amin. Dah 43 tahun ya so don’t be noty-noty,”

Apabila melihat foto berkenaan, rata-rata para peminat Tauke tumpang gembira melihat pasangan itu masih kekal bersama sebagai suami isteri walaupun ada pergolakkan rumah tangga mereka sebelum ini. Ramai juga memberikan ucapan dan menulis doa buat mereka agar mereka bahagia selalu.

Dalam kes sebelum ini, Nadia pernah mendakwa dirinya telah berpisah dan diceraikan oleh Tauke melalui aplikasi Whatsapp kerana tuduhan curang.

Akan tetapi, Tauke menafikan dakwaan penceraian berkenaan dan mengatakan isterinya sedang beremosi ketika itu.

Sumber: Ig Nadia / Rotikaya

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here