Perdana Menteri New Zealand Lawat Rakyat Malaysia Tercedera Di Hospital.. Ini Status Terkini Mangsa

Soerang doktor yang merupakan warga Malaysia dan kini berkhidmat di Hospital Umum Christchurch, New Zealand telah memberi update terkini tentang kesemua mangsa dari Malaysia.

Dr Mohamad Firdaus Mohamad Hanib mengesahkan 3 orang Malaysia yang merupakan mangsa serangan tembakan di dua masjid tersebut masih hidup.

Malah, Perdana Menteri New Zealand iaitu Puan Jacinda Arden turut hadir melawat mangsa tembakan di hospital

Ini update ketiga-tiga mangsa dari Malaysia: (Dr Mohamad Firdaus)

1) Rahimi Ahmad
Diceritakan atas keizinanan dari isteri. Abang Rahimi stabil setakat ini, tapi masih memerlukan beberapa lagi pembedahan untuk membuang fragments (x pasti fragment peluru atau tulang etc) dalam dural space. Beliau masih di ICU. Keluarga beliau dan exco Penang dalam perjalanan ke sini.

Kebetulan Puan Jacinda Arden buat lawatan mengejut, beliau turut bersimpati dengan kejadian yang berlaku.

2) Tarmizi
Beliau masih hidup, tolong jangan sebarkan berita palsu tentang kematian beliau. Saya tak dapat berjumpa beliau sebab masih dalam pembedahan.

3) Nazril
Berada di wad biasa, stabil. Anaknya Daniel 17 tahun menemani beliau yang tidur selepas scan MRI. Gambar dan butir kecederaan saya tak dedahkan sebab tak mendapat kebenaran pesakit yang masih tidur.

“Mohon jangan tanya detail-detal yang lain, saya terikat dengan prinsip confidentiality patient dan hanya dapat berkongsi maklumat yang tertentu sahaja. Sekali lagi, jangan sebar video shooting dan berita palsu.”

Ini foto PM New Zealand melawat pesakit:

Sementara itu, Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah juga mengesahkan hal berkenaan dan berkata, tiga rakyat Malaysia yang cedera kini dalam keadaan stabil.

Saifuddin berkata, dikatakan ada kira-kira 1,000 rakyat Malaysia berada di Christchurch, dan 208 daripadanya merupakan pelajar di Universiti di sana.

Itulah perkembangan terkini tentang mangsa tembakan di New Zealand. Sebagai rakyat Malaysia, mari kita doakan agar semua selamat di sana.

Sumber: Mohamad Firdaus

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here